Akhirnya, setelah hampir 8 tahun debut, kesemua ahli BTS telah membuat kejutan kepada para peminat mereka dengan membuka akaun peribadi di Instagram!
Berita tersebut telahpun viral di media sosial sejak semalam, ahli BTS kesemuanya telah berjaya mencecah hampir 20 juta followers walaupun tak sampai 24 jam buka akaun peribadi di Instagram masing-masing!
Bukan itu sahaja, mereka turut memuat naik gambar di IG posting dan story masing-masing untuk berkongsi dengan para “Army”. Menurut allkpop, ini merupakan pertama kali mereka membuka akaun peribadi di laman sosial semenjak debut pada 13 Jun 2013.
Sebelum ini, mereka hanya menggunakan akaun rasmi yang diuruskan oleh agensi di laman Twitter dan Weverse untuk berkomunikasi dengan “Army”.
“Mereka (BTS) membuka akaun Instagram mereka sendiri untuk mengekspresikan lagi keperibadian mereka serta untuk berkomunikasi dengan peminat,”- jelas Big Hit Music semalam.
Sementara itu, mereka juga telah mengumumkan bahawa BTS akan secara rasmi mengambil cuti dan berehat dalam jangka masa panjang. Selepas menamatkan konsert di Los Angeles; ‘BTS Permission To Dance On Stage-LA’ bermula 27-28 November, dan 1-2 Disember. Kemudiannya, mereka melengkapkan jadual tahun ini dengan ‘2021 Jingleball Tour’.
Jin, Jimin dan Jungkook kembali ke Korea pada 6 Disember dan menjalani kuarantin kendiri selepas ujian COVID19. Manakala, RM, Suga, J-Hope dan V juga akan menjalani kuarantin kendiri sebaik sahaja mereka pulang dari LA.
Baca: “Siap ada cap jari”-Peminat Berebut Nak Beli Kereta Disentuh BTS Ketika Buat ‘Show’ Atas Jalan