Ramai golongan yang merokok bersikap tidak bertanggungjawab apabila ada segelintir yang gemar membuang puntung rokok merata-rata tempat terutamanya ketika merokok di tempat awam.
Oleh kerana kesedaran golongan ini boleh dikatakan masih rendah, baru-baru ini, pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL telah bertindak mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu yang membaung puntung rokok di tempat awam di sekitar ibu kota.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh DBKL menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Artikel Berkaitan: DBKL Ambil Tindakan Tegas Terhadap Jurugambar Haram Sekitar KLCC, Pintasan Saloma
Artikel berkaitan: Individu Buat Servis Ambil Gambar Sekitar KLCC Mengaku Orang Malaysia Undang Pertikaian Netizen?
Dalam vdeo yang dikongsikan oleh DBKL itu, dapat dilihat penguatkuasa-penguatkuasa DBKL telah meronda di sekitar Kuala Lumpur untuk memastikan individu yang membuang puntung rokok di tempat awam sesuka hati dikompaun.
Semoga dengan penguatkuasaan ini, orang ramai terutamanya golongan yang merokok sedar bahawa mereka sepatutnya membuang puntung rokok ke dalam tong yang telah disediakan.
Sumber: Facebook DBKL
