in

“Dayung sampan bocor, bawa anak” – [VIDEO] Sedih! Orang Sabah Bertarung Nyawa Untuk Dapat Bantuan ‘Sekampit Beras’

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap bulan bila kita dapat gaji, kita sibuk fikir duit tak cukup nak kena bayar macam-macam benda sampai kita lupa nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Terutamanya, kita lupa ada ramai lagi orang lebih susah dari kita sampai nak makan sehari pun tak ada duit.



Macam video yang dikongsikan oleh MyFundAction ketika dorang memberikan Bantuan Kecemasan Covid-19 di Semporna, Sabah.

Ketika bantuan tiba di Pulau Tatagan, orang kampung di sana kelihatan takut melihat orang datang naik bot sambil mengenakan PPE, tapi lepas dorang nampak beras, terus datang dekat sambil mendayung sampan kecil mereka.

Mereka fikir ini adalah doktor yang nak bawak diorang ke hospital. Sebab mentality diorang kalau doktor/hospital/cucu hidung, Itu pasti mereka akan mati. Nampak macam lawak. Tapi itulah kepercayaan mereka.

“Kat sini diorang awalnya takut. Tapi bila pasukan kami tunjuk beras, diorang mula merapat.”

Tak cukup dengan itu, satu lagi video yang dikongsikan oleh MyFundAction memang sangat menyayat hati! Apa tidaknya, ada seorang wanita bawa sampai tiga anak hanya untuk dapatkan sekampit beras. Kesiannya…

The struggle is real.

Ini lokasi kedua lepas bot kami dikerumuni dengan mereka. Kalau kat darat, mereka hanya berpusu pusu dengan diri sendiri. Tapi kat laut, mereka berpusu pusu dengan sampan sekali.Kalut dibuat yaa! Walaupun macam tu, sayu sebenarnya melihat usaha mereka untuk dapat juga bantuan. Sambil bawa anak, Bukan 1 bukan 2, bahkan hingga 3! Mendayung sampan yang bocor, air masuk dan kena buang air bertakung dalam sampan setiap masa!Sehingga begitu mereka bergelut untuk dapatkan bantuan. Pernah ke kita merasa begitu?Belum lagi yang memang rumahnya di atas bot. Akibat bot rumah yang tak berenjin, dia terpaksa melihat dari jauh sahaja edaran bantuan dari jauh. Semoga pakcik tetap terus hidup dengan rezeki Tuhan.Ayuh bantu mereka walaupun dengan hanya RM 1.Maybank Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) 564294318555Rujukan: covid Sabah

Posted by MyFundAction on Sunday, November 8, 2020

Sayu sebenarnya melihat usaha mereka untuk dapat juga bantuan. Sambil bawa anak, Bukan 1 bukan 2, bahkan hingga 3! Mendayung sampan yang bocor, air masuk dan kena buang air bertakung dalam sampan setiap masa!”

Bukan tu je, ada yang sampai berebut beras sebab takut tak dapat sampaikan terkoyak plastik beras!

Allahu, sedih tengok keadaan orang susah sampai macam ni, kalau korang nak bantu orang-orang susah di Sabah ni, korang boleh salurkan ke Maybank Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) 564294318555 Rujukan: covid Sabah.

Jom kita bantu orang-orang di Sabah ni semampu yang boleh!

 

Baca: “Tiada pangkat tapi pantas bantu yang memerlukan&” – Ustaz Ebit Lew Guna Pesawat Kargo Hantar Barang Medikal Ke Sabah

Screenshot 2020 11 10 At 11.56.42 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.