in

Dawn Raid: Malaysia Rampas Guthrie Dari British, ‘Heist’ Paling Besar & Epik Dalam Sejarah Negara

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak keterlaluan kalau peristiwa ‘Guthrie Dawn Raid’ yang berlaku pada tahun 1981 dianggap sebagai kemerdekaan terbesar negara Malaysia.


Macam yang korang tahu, kita telah pun mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, namun begitu Malaysia masih belum lepas dari cengkaman British bertahun-tahun selepas kita mencapai kemerdekaan secara rasmi.

Mana tidaknya, ekonomi negara selepas merdeka serta tanah-tanah di Malaysia kebanyakannya masih dipegang oleh British. Malah, menurut Professor Shakila Yacob, pada akhir tahun 1970-an, dianggarkan sebanyak lebih 60% aset korporat Malaysia masih dipegang oleh warga asing dan daripada pegangan ini, sebanyak 2 per 3 daripadanya adalah di bawah kawalan British.

Ekoran ini, beberapa bulan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4, beliau telah merancang satu rampasan terbesar bagi membolehkan negara Malaysia memegang ekonominya sendiri. Jom baca macam mana dorang buat!

Sebab Malaysia nak rampas Guthrie dari British

E Djknsvkai3Br0

Ketika zaman ini, Guthrie merupakan syarikat perladangan milik British yang terbesar dan tertua dan telah mendapat keuntungan yang besar beberapa tahun selepas kemerdekaan kerana ketika itu Tunku Abdul Rahman tak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan British dan benarkan mereka untuk melabur di dalam negara kita.

Ini membuatkan banyak syarikat-syarikat British mempunyai hak milik ke atas tanah-tanah di sini tapi keuntungan yang dorang buat melalui pemilikan ini telah di bawa ke UK. Manakala bagi Guthrie pula, walaupun syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempunyai saham sebanyak 25% di dalam Guthrie, PNB langsung tak diberikan tempat duduk di dalam lembaga pengarah, ini menyebabkan banyak keputusan dibuat tanpa pengetahuan Malaysia sendiri.

Apabila Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada tahun 1981, orang ramai tahu yang beliau tak seperti pemimpin sebelum ini yang datang dari latar belakang orang kelas atasan dan belajar di UK. Dr Mahathir juga tidak menghabiskan masa beliau dengan merokok, minum atau bermain golf. Ini menjadikan Dr Mahathir sebagai seorang yang bukan pro-British dan tak ada masalah untuk “bergaduh” dengan British.

Anwar Vs Madey1

Bukan tu je, sebelum peristiwa Dawn Raid, kerajaan British telah membuat beberapa perkara seperti menarik balik subsidi untuk pelajar Malaysia di UK dan turut menaikkan yuran pengajian sehingga memberi kesan kepada lebih 13,000 pelajar Malaysia di sana.

Ekoran tindakan British ini, Mahathir telah membalas balik dengan mewujudkan polisi ‘Buy British Last‘ di mana Malaysia telah menghadkan kemasukan barangan import dan kontrak dari British. Malah semua kontrak dan barangan import dari British perlu mendapat kelulusan dari Pejabat Perdana Menteri sehingga syarikat-syarikat British mengalami kerugian ekoran polisi ini.

Tak cukup dengan itu, British juga telah menolak cadangan Malaysia untuk mendapatkan hak pendaratan tambahan bagi syarikat Malaysia Airlines (MAS) dan menceroboh ruang udara antarabangsa di Subang semasa membuat perjalanan ke Singapura.

Namun sebab utama yang mendorong Dr Mahathir untuk “balas dendam” dan rampas hak Malaysia semula apabila Guthrie telah membuat keputusan untuk menjual anak-anak syarikatnya kepada Persatuan Cina Malaysia (MCA) tanpa pengetahuan PNB sekaligus melanggar Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menyasarkan pemilikan etnik Melayu sebanyak 30% dalam syarikat korporat menjelang 1990.

Rancangan rampas semula Guthrie

Dawn Raid Peristiwa Rampasan Guthrie Daripada Penjajah British Oleh Kerajaan Malaysia 2

Ekoran beberapa perkara yang dilakukan oleh British ini, Dr Mahathir telah membuat keputusan untuk merampas semula hak Malaysia dengan membuat perancangan bersama abang iparnya yang juga Pengerusi PNB Tun Ismail Mohamed Ali dan Gabenor Bank Negara pada ketika itu serta Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketiga-tiga individu ini mula membuat perancangan untuk menyerang Guthrie sekaligus menjadikan ia antara sejarah terpenting untuk Malaysia.

1290577

Ketika ini British telah memegang saham terbesar dalam syarikat Guthrie, jadi bagi merampas semula syarikat ini, Malaysia perlu memegang saham yang lebih dari British.

Jadi apa yang dorang perlu buat adalah melakukan dawn raid atau serangan subuh di mana sesebuah syarikat perlu membeli sejumlah saham yang besar dari syarikat satu lagi ketika pasaran saham dibuka. Dengan berbuat demikian, syarikat yang membeli saham yang banyak ini boleh mengambil alih syarikat yang dibelinya pada nilai yang sangat rendah.

Ketika London Stock Exchange (LSE) dibuka jam 9 pagi di London dan 4 petang di Malaysia, Ismail Ali dan Khalid Ibrahim yang mewakili PNB telah memulakan serangan secara rahsia dengan membeli saham dan mengarahkan syarikat-syarikat lain dari Malaysia seperti Genting Berhad, Bank Simpanan Nasional dan Malaysia-Kuwaiti Bank untuk turut sama membuat pembelian saham.

Manakala di England, dua kumpulan telah bersedia untuk membuat tugasan dorang. Rotshchild telah meyakinkan syarikat M&G Investment untuk menjual saham mereka manakala syarikat broker saham Rowe & Pitman memastikan semua pembelian dan jualan berjalan dengan lancar.

Dalam jangka masa kurang dari 4 jam, Malaysia telah berjaya membeli sebanyak 8 juta unit saham bersamaan dengan 51% saham syarikat sekaligus menjadi pemegang saham terbesar di dalam Guthrie.

1656961108

Lebih memedihkan, Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya mengetahui tentang serangan dan pemilikan syarikat ini telah jatuh semula ke tangan Malaysia melalui radio. Manakala Perdana Menteri Britain pada ketika itu, Margaret Thatcher mendapat tahu mengenai serangan tersebut beberapa hari kemudian.

Tiga bulan selepas Dawn Raid ini, keseluruhan syarikat Guthrie telah menjadi milik Malaysia dan Dato Ismail telah mengambil alih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabatnya dari London ke Kuala Lumpur sekaligus menandakan pengakhiran penguasaan British terhadap Guthrie.

Impak Guthrie Dawn Raid terhadap Malaysia & British

Mahathir And Margaret 1711B1A752Fa579F9599E09E225Eb9C2

Selepas serangan ini dibuat, syarikat-syarikat British mula memberi perhatian kepada kerajaan Malaysia dan bersetuju untuk membuat rundingan membincangkan terma-terma baru. Malah, tiga buah syarikat perladangan British yang beroperasi di Malaysia, Highlands & Lowlands, Barlows, dan Harrisons & Crosfield (H&C) telah menjual hak milik mereka kepada kerajaan Malaysia.

Ekoran perolehan ini, hasil keuntungan yang diperolehi oleh Malaysia telah melebihi kos yang digunakan ketika Dawn Raid sehinggakan Tan Sri Khalid mengatakan yang kita telah memperolehi Guthrie secara percuma.

Manakala ketika mesyuarat di antara Dr Mahathir dan Margaret Thatcher diadakan di London pada 1983, beberapa perkara telah dipersetujui termasuklah kerajaan British akan menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar Malaysia yang sedang menuntut di UK serta MAS diberikan hak pendaratan di lapangan terbang Heathrow.

Dawn Raid telah dicatat sebagai kejayaan yang patut dibanggakan kerana berjaya menghentikan eksploitasi British terhadap hasil bumi Malaysia yang telah berlaku sejak berkurun lama walaupun setelah merdeka.

Sumber: Blog, Intraday, Research Gate

 

Baca: Perginya Tan Sri Khalid Ibrahim, Hero ‘Guthrie Dawn Raid’ Yang Disayangi Ramai

Khalid Ibrahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.