Rusia telah merekodkan 6,701 jumlah jangkitan harian pada Sabtu lepas, rekod kes Covid-19 tertinggi dalam enam enam bulan di negara itu.
Oleh sebab itu, Datuk Bandar Moscow, Sergey Sobyanin telah mengumumkan minggu tanpa bekerja di ibu kota negara itu demi keselamatan penduduk, dan untuk meredakan kes jangkitan.
“Sepanjang minggu lalu, situasi dengan penyebaran jangkitan Covid-19 memburuk. Untuk menghentikan jangkitan dan menyelamatkan nyawa orang, hari ini saya menandatangani keputusan untuk minggu tidak bekerja antara 15 hingga 19 Jun”
Arahan cuti ini bakal membabitkan semua pekerja di ibu kota Rusia ini, yang mempunyai 12 juta penduduk. Bagaimanapun, pekerja perkhidmatan dikecualikan daripada arahan ini.
Selain itu, Datuk Bandar Moscow juga mengumumkan penutupan medan selera dan dan taman permainan, manakala restoran dan kelab malam dilarang menerima pelanggan antara jam 11 malam hingga 6 pagi.
Beliau turut menyuruh majikan agar memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus pekerja yang belum divaksin agar bekerja dari rumah sahaja.
Difahamkan, lonjakan kes Covid-19 juga dilaporkan berlaku di Saint Petersburg di Rusia yang menjadi tuan rumah kejuaraan bola sepak Euro 2020.
Sumber: Harian Metro
BACA: KKM Lapor 60 Kluster Aidilfitri & Gawai Dikesan Babitkan 3,511 Jangkitan & 20 Kematian