Bila kita datang ke rumah saudara untuk beraya pastinya kita akan dihidangkan juadah raya ataupun masakan bukan kebiasaannya.
Namun ada juga tuan rumah yang suka menyakat saudara mara yang datang ke rumah bagi memeriahkan lagi suasana.
Tular satu video di Facebook di mana, tuan rumah memberikan cas makanan kepada tetamu yang datang beraya.
Gelagat tuan rumah itu ternyata memberikan gelak tawa kepada tetamu dan sanak saudara yang hadir.
Rata-rata komen dari netizen turut terhibur dan ada juga yang pernah mengalami pengalaman sebegitu.
Salah seorang dari tetamu juga dicas lebih kerana mengambil kicap dan perkara itu membuatkan bertambah riuh keadaan.
Biasa lar kalau dapat tuan rumah yang sporting memang pecah habis.