in

Dari Kapal Selam Titan Ke Nahas Elmina, Ini 8 Peristiwa Besar Yang Berlaku Sepanjang 2023

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang tahun 2023 ni, beberapa perkara besar telah berlaku di seluruh dunia dan ada yang memberi kesan kepada keadaan terkini di seluruh dunia seperti genocide yang berlaku di Palestin serta perkara-perkara yang menjadi catatan sejarah macam nahas penerbangan yang berlaku di Elmina.


Jom tengok apa peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di seluruh dunia sepanjang tahun 2023 ni sebelum kita membuka tirai baru beberapa hari lagi:

1. Gempa bumi di Turki

Tc6Mo15 Turkey Earthquake

Sebulan selepas kita menyambut tahun baru tahun lalu, seramai lebih 67,000 orang telah terbunuh selepas beberapa siri gegaran dan gempa bumi telah melanda di Turki dan negara seberangnya, Syria seawal 6 Februari.

Kesan dari tragedi ini, ribuan bangunan telah runtuh menyebabkan ribuan penduduk di sana telah terperangkap dalam runtuhan selepas gempa bumi dengan magnitud sebesar 7.8 dan 7.7 telah meletus di Antakya dalam masa beberapa jam. Ia juga merupakan gempa bumi terbesar yang melanda Turki sejak tahun 1939.

2. Michelle Yeoh rangkul anugerah Oscar

1977217

Michelle Yeoh tahun ini telah berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi Ke-95 sekaligus mencipta sejarah menjadi wanita Asia pertama untuk memenangi Oscar sebagai pelakon utama serta orang Malaysia pertama yang berjaya mendapatkan gelaran ini.

Pelakon yang berasal dari Ipoh ini telah memenangi anugerah tersebut menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once yang turut memenangi tujuh dari 11 anugerah yang dipertandingkan dalam majlis tersebut.

Michelle Yeoh turut kongsikan kemenangannya ini dengan rakyat Malaysia apabila dia telah datang untuk bertemu peminatnya di Pavilion, Kuala Lumpur bersama-sama anugerah yang dimenanginya itu.

3. Kapal selam Titan meledak

What We Know About The Missing Titanic Submersible

18 Jun lalu, kapal selam yang membawa lima orang penumpang telah meledak di Lautan Atlantik Utara. Kapal selam tersebut dalam perjalanan membuat misi menerokai lautan dengan kedalaman ekstrem untuk melawat bangkai kapal Titanic yang terletak sedalam 12,000 kaki bawah laut.

Serpihan telah ditemui sejauh 500 meter dari kipas kapal Titanic dan disahkan konsisten dengan kapal selam berukuran 22 kaki yang hilang itu.

Penumpang di dalam kapal selam Titan termasuklah CEO OceanGate, Stockton Rush, iaitu syarikat yang mencipta kapal selam tersebut dan mengendalikan misi pelancongan ini, Paul-Henri Nargeolet, seorang peneroka lautan dalam dan pakar Titanic, Hamish Harding, jutawan British dan Shahzada Dawood, ahli perniagaan dan jutawan dari Pakistan bersama anak lelakinya, Suleman.

Artikel berkaitan: Kapal Selam ‘Titan’ MELETUP & Kesemua Lima Penumpang Maut, Ini Mungkin Puncanya…

4. Twitter tukar kepada X

8256.Jpg

Pada 22 Julai 2023, aplikasi media sosial Twitter tiba-tiba telah menerima penjenamaan semula dengan menukar logo burung biru kepada ‘X’. Penukaran ini dikatakan sejajar dengan misi pemiliknya, Elon Musk yang mahu menjadikan aplikasi ini sebagai “everything app”.

5. Kapal terbang terhempas di Elmina

Dca25Ce6 Kapal Terbang Terhempas Elmina Bernama 02 170823

Pada 17 Ogos lepas, satu pesawat ringan telah dilaporkan terhempas di kawasan perumahan Elmina yang terletak di Seksyen U16, Shah Alam.

Tragedi nahas pesawat di Elmina ini malangnya telah meragut seramai 10 nyawa iaitu 6 penumpang pesawat, 2 kru dan dua orang awam dan di antara semua mangsa, hanya seorang sahaja yang mayatnya ditemui dalam keadaan sempurna.

Mangsa yang terkorban termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun, juruterbang, Shahrul Kamal Roslan, Pembantu juruterbang, Heikal Aras Abdul Azim, lima penumpang lain, Muhammad Taufik Mohd Zaki, Khairil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi dan Idris Abdul Talib @ Ramali.

Manakala dua orang awam pula merupakan penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari yang telah terkorban ketika melalui kawasan kejadian.

Artikel berkaitan: Laporan Awal Nahas Elmina Dedah Punca, Bukan Faktor Juruterbang

6. Tembakan rambang di Siam Paragon Mall

Thailand Shooting Bangkok

Satu tembakan rambang telah berlaku di pusat membeli belah Siam Pagaon yang terletak di Bangkok. Ekoran dari kejadian ini, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun telah ditahan selepas menyerahkan diri kepada pihak polis.

Remaja, yang juga merupakan pelajar sekolah yang terletak berhampran pusat membeli belah ini telah menembak mati seorang pekerja dari Burma dan seorang pelancong China serta mencederakan lima orang yang lain.

Kemudian, pada 14 Oktober, seorang wanita Thai telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya menjadikan dia mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat insiden ini.

7. Konflik Palestin-Israel

Gaza Seige Israel Hamas Palestine Gettyimages 1715074100.Jpg

Peperangan yang berterusan di antara Palestin dan Israel yang berlaku di Gaza telah membunuh hampir 20,000 orang Palestin, mencederakan berpuluh ribu orang dan membuatkan hampir 90% dari 2.3 juta penduduk di sana hilang tempat tinggal.

Disebabkan ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengambil beberapa langkah termasuk membuat undian yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dibuat dengan sebanyak 153 negara telah menyokong dan 10 negara membantah tuntutan tersebut termasuk Amerika Syarikat dan Israel. Namun begitu, tuntutan tersebut masih belum dilaksanakan sehingga sekarang.

8. Syed Saddiq jadi wakil rakyat pertama dihukum sebat

Syed Saddiq 3

9 November lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Ekoran ini, Mahkamah Tinggi telah menjatuh hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan ini menjadikan dia ahli politik pertama dijatuhkan hukuman sebat.

Namun begitu, Syed Saddiq dibenarkan untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman ini sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sumber: Indian Express

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.