in

“Dapat resepi dalam mimpi” – Pernah ‘Promote’ Ubat Sihir, Menteri Kesihatan Sri Lanka Sah Positif COVID-19

Gambar hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang dunia dilanda wabak COVID-19, terdapat pelbagai cara dan alternatif bagi melawan virus ini pernah dilakukan oleh segelintir manusia.


Sebelum ini, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pernah menyarankan orang ramai agar membersihkan topeng muka mereka dengan minyak tanah.

Terbaharu, Menteri Kesihatan Sri Lanka ‘mempromosikan’ sejenis ubat sihir yang dikatakan mampu untuk melawan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, beliau telah disahkan positif virus maut itu pada Jumaat lalu.

Memetik laporan BBC, Pavithra Wanniarachci secara terbuka menggunakan sejenis ramuan sihir yang mengandungi madu dan buah pala yang berfungsi sebagai inokulasi seumur hidup terhadap virus terbabit.

Dikhabarkan, ramuan terbabit dihasilkan oleh seorang tukang sihir yang mendapat resepinya dalam mimpi.

Di samping itu, Wanniarachci juga dilapor pernah menuangkan sebotol ‘air jampi’ ke sungai pada November lalu selepas seorang dewa memberitahu bahawa perbuatan itu akan mengakhiri virus berkenaan.

Selain Wanniarachci, seorang menteri muda yang mengambil ramuan sihir sama juga dilaporkan positif wabak sama pada awal minggu ini.

“Beliau (Wanniarachci) melakukan dua ujian COVID-19 dan kedua-duanya positif. Beliau dan kontak rapat telah diarah menjalani kuarantin kendiri” kata Viraj Abeysinghe, setiausaha media di Kementerian Kesihatan.

Doktor di negara kepulauan itu telah menyangkal keberkesanan ubat sihir berkenaan dalam melawan wabak COVID-19. Namun begitu, ribuan orang dilapor telah pergi ke sebuah desa bulan lalu bagi mendapatkan ‘penawar’ berkenaan.

Sumber: Berita Harian, BBC

Baca: “Gunalah minyak tanah sebagai cecair pembasmi kuman” – Presiden Filipina

Sumber: Dtnext

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.