in

Dapat FREEGIFT Sehingga RM1,500 Kalau Beli Model Terbaru Laptop HP ‘Spectre & ENVY’ Sekarang!

Hp Spectre Envy 2022 1

Perubahan keadaan semasa serta kelonggaran yang diberikan oleh sesetengah majikan untuk para pekerja mereka bekerja secara ‘hibrid’ atau menggunakan penggiliran bukanlah sesuatu yang baru. Malah, ada sesetengah syarikat, sehingga kini masih membenarkan dan menggalakkan pekerja mereka untuk bekerja 100% daripada rumah.

Dalam masa yang sama, kita juga dapat melihat trend dimana ramai telah beralih untuk bekerja secara sendiri dan ‘terjun’ ke bidang mereka cipta kandungan digital sebagai sebahagian daripada punca pendapatan.

Bank Dunia baru-baru ini menganggarkan bilangan mereka yang bergelar ‘content creator‘ di rantau Asia Tenggara ialah seramai 150 juta dan jumlah berkenaan semakin meningkat. Untuk memastikan kandungan ‘on-point’ apa kata korang tengok 2 laptop terbaharu dari HP yang baru dilancarkan ini iaitu HP Spectre x360 dan juga HP ENVY 16.

Pexels Pnw Production 9218693

HP Lancarkan 2 Model Terbaharu Spectre & ENVY

HP melancarkan 2 model terbaharu, Spectre dan ENVY, peranti yang akan membantu semua, terutamanya golongan pereka kandungan digital untuk merealisasikan setiap idea, bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan mencipta kandungan tanpa had, pada bila-bila masa.

15Edc698 5506 44F7 B426 99Bdf12D9683

Antara ciri yang menarik adalah peranti ini dibina dengan HP Presence dan HP GlamCam di HP Spectre x360 untuk memberikan pengalaman panggilan video dan audio yang menakjubkan, dengan ciri seperti:

  • Kamera 5 MP untuk kejelasan gambar yang sempurna apabila bekerjasama dengan rakan sekerja atau membuat ‘pitching’ kepada pelanggan.
  • HP Auto Frame dan HP Dynamic Voice Leveling untuk pengalaman video dan bunyi interaktif tidak kira di mana lokasi korang berada di dalam bilik.
  • Pelarasan Lampu Latar untuk membetulkan imej video secara automatik dalam mana-mana persekitaran tempat yang korang mungkin menerima panggilan dan banyak lagi!

Buat Apa sahaja yang Korang Mahukan! 

Tidak kiralah korang jenis creator yang macam mana, pastinya prestasi adalah penting. Oleh itu,  Spectre dan ENVY terbaharu menawarkan pelbagai pilihan termasuk pemprosesan terbaik, paparan berkualiti dan banyak lagi untuk memastikan peranti tersebut sesuai dengan cara penggunaan antaranya;

  • Paparan OLED 3K2K untuk pengalaman tontonan yang lebih semula jadi pada HP Spectre x360, dan paparan 120 Hz untuk kadar refresh paparan 2x lebih pantas untuk tindakan tindak balas yang lancar pada HP ENVY 16 baharu.
  • Paparan sentuhan untuk memanfaatkan pelbagai gerak isyarat seperti pinch to zoom,double tap dan press and hold untuk memanipulasi lukisan dan kandungan kreatif lain dengan mudah. Ambil nota atau lakaran dengan mudah menggunakan laptop pc yang mendapat sokongan pen.

Supermanspiderman Module 6 Create Innovate Make Your Mark Tcm132 2717325 Tcm132 2717216 Tcm132 2717325

  • Pelbagai nisbah saiz skrin, menawarkan kesesuaian terbaik untuk aliran idea kreatif korang. Pilih daripada peranti nisbah aspek 3:2 untuk penyemakan imbas web dan tugasan produktiviti; atau 16:10 untuk penyuntingan video dan audio.
  • Platform Intel® Evo™ yang menampilkan pemprosesan Intel® Core™ Generasi ke- 12 untuk multi-tasking dan prestasi yang lebih baik.

 HP Spectre dan ENVY, Harga & Ketersediaan 

  • HP Spectre x360  baharu untuk kelihatan lebih cool di mana-mana sahaja. HP Spectre x360  ini direka bentuk pada platform Intel® Evo™ dan tersedia untuk pembelian di HP.com pada harga bermula RM7,199.

722957 16 Pps My Fy22Q3 Spectre X360 14 Dashiellvideo Jun 51777 2 11 1920X1080 V7 Frame1 2

  • HP ENVY 16 Laptop PC menawarkan pilihan Intel® Arc™ Graphics atau GPU Komputer Riba NVIDIA® GeForce RTX™ 3060 . Ditambah dengan sokongan memori DDR5 dan thermal solution gred gaming, peranti ini memberikan prestasi optimum untuk multitasking, memaparkan model 3D atau apabila menggunakan software seperti Adobe Photoshop dan sebagainya. HP ENVY 16” boleh dibeli di HP.com pada harga bermula RM6,999.

722957 16 Pps My Fy22Q3 Spectre X360 14 Dashiellvideo Jun 51777 2 11 1920X1080 V10 Frame2 1

HP Spectre x360 dan Laptop HP ENVY 16 ni dah tersedia untuk pembelian mulai hari ini selain pengguna boleh mendapatkan tawaran masa terhad di HP Concept Stores terpilih, HP Online Store dan Wakil Penjual HP yang sah serta rakan peniaga di Shopee bernilai sehingga RM1,500 seperti Monitor HP M22f FHD, Headset Bluetooth HP 500,HP Dual Mode Mouse, Waranti Perlindungan Kerosakan Tidak Sengaja, Microsoft Office Home & Student 2021 yang dah preinstalled dan baucar e-wallet sehingga RM200! Tawaran sah sementara stok masih ada.

Kalau buat pembelian di Shopee, korang boleh pilih untuk ‘pick-up’ di wakil penjual atau kedai HP terdekat dan boleh terus berkarya!

Sumber: HP
Sumber: HP.com