in

Dame Sarah Gilbert, Perintis Vaksin AstraZeneca Diabadikan Sebagai Patung Barbie

3Barbie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut pasal mainan anak patung, pasti kita akan terbayang Barbie doll. Permainan yang sangat sinonim dengan kaum hawa memang tak perlu diperkenalkan lagi.



Baru-baru ini, Barbie telah bekerjasama dengan perintis vaksin Oxford-AstraZeneca, Dame Sarah Gilbert untuk menghasilkan figura anak patung seperti beliau bagi mengabadikan jasanya dalam penghasilan vaksin tersebut.

Screenshot 2021 08 07 At 4.12.18 Pm

Memetik laporan Marie Claire UK, Gilbert berkata dengan wujudnya figura beliau sebagai mainan anak patung adalah penting untuk memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk berkecimpung dalam dunia sains.

Screenshot 2021 08 07 At 4.16.33 Pm

I hope children who see my Barbie will realise how vital careers in science are to help the world around us”

Gilbert adalah antara individu yang bertanggungjawab menjadi perintis dalam pembangunan vaksin Covid-19 keluaran Oxford-AstraZeneca. Vaksin tersebut juga adalah antara yang terawal mendapat kelulusan dan pada masa ini diedarkan hampir keseluruh dunia untuk penggunaan mencegah wabak itu.

Screenshot 2021 08 07 At 4.17.27 Pm

Bagi menghargai jasa Gilbert, beliau telah dikurniakan darjah Damehood yang setaraf dengan Knighthood yang membawa gelaran ‘Sir’. Gelaran itu telah dikurniakan kepada beliau pada Hari Kemahsyuran Permaisuri British pada tahun ini.

 

Baca: “Wow ada Barbie doll”  Netizen Tumpang Gembira Tengok Anak Patung ‘Custom Made’ Farah Ann

Screenshot 2021 08 07 At 4.25.41 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.