in

“Dalam tu ada petai…” – Pelanggan Dakwa Harga Lauk Udang Tak Masuk Akal, Ajak Shiro Beri Respon

lauk udang ajak shiro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads mengadu hidangan yang dipesan ketika berkunjung di restoran yang diusahaka oleh pelawak Ajak Shiro, Bumbu Babah dikatakan sangat mahal.

Dalam hantaran yang dimuat naik itu, dia membayar RM9.90 untuk menu tambahan iaitu sambal udang petai namun kecewa kerana menganggap kuantiti yang diterima tidak sepadan dengan harga.


Screenshot 2025 11 13 121349

Artikel berkaitan: “Cekik darah!” – KPDN Ambil Tindakan Ke Atas Peniaga Lauk Sotong RM50 Di Sabah

Artikel berkaitan: Pelancong Indonesia Makan Megi Ayam RM15, Netizen Tak Pelik Harga Mahal Sebab…

Harga dikenakan bukan sebab udang semata

Menjawab isu tersebut, Ajak berkata dia menerima teguran dan kritikan daripada pelanggan yang mengunjungi restorannya.

Ajak menjelaskan harga yang dikenakan bukan hanya untuk udang semata-mata, tetapi termasuk bahan lain seperti petai yang ada dalam hidangan tersebut.

“Untuk sambal udang itu ada petai dan kita tahu harganya agak mahal sekarang,” katanya.

Menurut Ajak, menu nasi padang di restorannya dijual pada harga antara RM11.90 hingga RM14.90 bergantung kepada pilihan lauk.

“Kalau nak kata mahal, nasi padang saya bermula daripada RM5 sahaja. Kalau nak saya kurangkan lagi memang tak boleh.

“Untuk lauk, paling mahal pun sekitar RM7, ada juga yang berharga RM4 atau RM5.

“Cuma kalau udang memang sedikit mahal, tapi kalau daftar sebagai ‘member’ Insya-Allah boleh dapat harga lebih rendah,” ujarnya.

Pada masa sama, Ajak menyatakan dia sentiasa mengutamakan pelanggan dan mengambil serius setiap aduan yang diterima kerana teguran itu membantunya untuk memperbaiki mutu perkhidmatannya.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.