Saat isu hangat melibatkan pelakon Alya Iman yang terpalit dengan dakwaan menjadi orang ketiga dalam keretakan rumah tangga antara pelakon Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana, timbul lagi satu isu hangat mengenai dakwaan seorang individu yang dikatakan pernah menjadi pembantu peribadi Yusuf Bahrin.
Selain memperkenalkan dirinya sebagai bekas pembantu peribadinya beberapa tahun yang lalu, pemuda tersebut turut ‘mengimbau’ perihal gaji yang dikatakan masih lagi belum dibayar menerusi Threads.
Artikel berkaitan: Yusuf Bahrin Sah Bercerai Dengan Zizi Kirana Dengan Talak Satu
Artikel berkaitan: Dituduh Jadi Punca Pasangan Artis Bercerai, Pihak Pengurusan Alya Iman Tampil Beri Respon
Maaf bertanya tahun bila awak bekerja dengan saya? – Yusuf Bahrin

Terpanggil dengan dakwaan itu, Yusuf Bahrin tampil memberikan respon dengan memuat naik gambar tangkap layar akaun pengguna Threads itu dan bertanya tahun bila pemuda itu pernah bekerja dengannya kerana dia langsung tidak mengenali pemuda tersebut.

“Takkan saya tipu pula”
Tidak berdiam diri, pemuda tersebut tampil memberikan respon di ruangan komen dengan menunjukkan keratan video IG Story pada tahun 2023 yang memperlihatkan dirinya bersama beberapa individu dan dipercayai sedang berbuka puasa.
Pemuda tersebut turut memberikan tarikh yang lebih spesifik sambil mengakui bahawa dirinya tidak menipu.

Suasana dilihat menjadi semakin tegang apabila Yusuf Bahrin ada memberikan respon untuk meminta pihak syarikat pengurusannya untuk menjalankan siasatan terhadap pemuda tersebut.
Dalam pada itu, Yusuf juga ada mengirim pesanan peribadi (DM) kepada pemuda tersebut untuk segera menghubunginya selepas Solat Jumaat.

Sebelum ini, nama Yusuf Bahrin mula menjadi tumpuan selepas penceraiannya dengan penyanyi Zizi Kirana semalam.
Isu menjadi hangat apabila Yusuf bakal mengenakan tindakan undang-undang kepada pemfitnah yang mendakwa Alya Iman merupakan punca kepada perceraian mereka. Isu itu kemudian semakin meleret selepas seorang individu mendedahkan gajinya sebagai PA Yusuf masih belum dibayar.
Sumber : Threads
