in

“Senang lah lepas ni” – Penerbangan Terus Dari Subang Ke Pangkor Bermula Hari Ini

Flight Ke Pangkor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

SKS Airways, sebuah syarikat penerbangan tempatan yang ditubuhkan pada 2017 baru-baru ini telah membuat penerbangan sulung ke Pulau Pangkor dan secara tak langsung menjadi salah satu penerbangan komersil yang menawarkan penerbangan ke pulau bebas cukai tersebut.


Pendaratan penerbangan KI6357 oleh SKS Airways di jalur pendaratan dan perlepasan pendek Pulau Pangkor (STOLports) pada jam 2 petang semalam (25/1/2022) tersebut disaksikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Air dan Awam Datuk Mohd Zolkafly Harun dan juga Pengerusi Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), Datuk Seri DiRaja Dr Zamry Kadir.

Menurut kenyataan MAHB, penerbangan harian antara Lapangan Terbang Subang dan Pulau Pangkor tersebut akan bermula dari 26 Januari 2022 menggunakan pesawat DHC6-Twin-Otter yang boleh membawa 19 orang penumpang pada satu-satu masa.

Flight To Pangkor

Selain itu, dengan pelancaran operasi penerbangan komersil di Pulau Pangkor tersebut diharapkan dapat memenuhi dan merancakkan lagi industri pelancongan di pulau berkenaan serta menyumbang kepada ekonomi tempatan.

Menurut Dr Zamry lagi, pengendali lapangan terbang akan bekerjasama dengan badan pelancongan bagi mempromosikan lagi destinasi-destinasi menarik disana.

Difahamkan, selain Pulau Pangkor, SKS Airways juga akan mula menawarkan penerbangan dari Lapangan Terbang Subang ke Pulau Redang pada penghujung Januari 2022 nanti.

Sks Airways

Menerusi pencarian yang dilakukan, harga tiket bermula dari RM159.43 untuk penerbangan sehala dan mengambil masa 45 minit. Untuk harga tersebut, penumpang boleh membawa 7kg bagasi untuk didaftar masuk, 3kg bagasi lagi boleh dibawa naik ke kabin (hand-carry).

Namun, penumpang hanya akan diberikan kedudukan tempat duduk semasa proses daftar masuk dan menerusi panggilan telefon min ke SKS, difahamkan untuk ada beberapa kelebihan yang ada sekiranya penumpang memilih untuk ‘upgrade‘ kepada SKS Lite atau SKS Plus. Seperti boleh mengubah tarikh penerbangan dan sebagainya.

Baca : Selain Duty Free, Ini 5 Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Buat Di Pangkor. Memang BEST!

Aktiviti Menarik Pangkor

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.