in

“Dalam balai polis pun nak buat pasal lagi” – Lelaki Ditegur Pihak Polis Sebab Tak Pakai Face Mask

ft polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemakaian face mask sudah dikuatkuasakan sejak beberapa bulan yang lalu, namun masih ada yang memandang remeh perkara ini.

Seorang lelaki ditahan semalam kerana bersikap agresif selepas ditegur oleh pihak polis kerana tidak memakai pelitup muka.


Kau dah kenapa bang?

Suspek berusia 51 tahun dikatakan pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai satu insiden pergaduhan namun telah ditegur oleh pegawai polis disitu.

 

polis 1

Bagaimanapun suspek dikatakan naik angin dan menghempaskan begnya serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis itu lapor Berita Harian

“Suspek turut mengambil gambar sebelum membuat provokasi dan menolak anggota polis berkenaan. Suspek mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan untuk siasatan lanjut,” Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim

Ha kan dah kena, tak pasal-pasal kena tahan…

Disebabkan lelaki itu berkelakuan tidak senonoh di balai polis, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.

 

Baca : “Sama tapi bukan dia” Netizen Pelik Tengok Design Face Mask ‘Lain Macam’

Capture 5 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.