Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mempertahankan kenyataannya berhubung dakwaan bahawa kekasih seorang penjenayah mempunyai rekod jenayah, susulan pertikaian yang dibangkitkan oleh peguam mewakili keluarga terbabit.
Menurut beliau, pihak polis tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media sekiranya ia tidak disokong oleh fakta serta maklumat sebenar.
Artikel berkaitan: Wanita Dakwa Suami Dit*mbak, Rupanya Kekasih Penjenayah – Polis
Artikel berkaitan: “14 kesan t*mbakan” – Main Sembunyi-sembunyi, Pelajar Tingkatan 2 M*ut Dit*mbak Rakan Dengan Bakakuk
Dzulkhairi berkata, dakwaan yang tersebar di media sosial mengenai wanita berkenaan mempunyai beberapa rekod menyebabkan beliau terpanggil untuk memberikan penjelasan sebagai Ketua Polis Negeri.
Mengulas kenyataan peguam yang mendakwa wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak pernah ditangkap, Dzulkhairi menegaskan dakwaan tersebut adalah tidak tepat.
“Dia kata individu itu tidak pernah ditangkap, kalau tidak pernah ditangkap, bagaimana ada rekod tangkapan? Memang ada 10 rekod tangkapan,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa tidak semua tangkapan akan membawa kepada pertuduhan di mahkamah, namun setiap tangkapan tetap direkodkan oleh pihak polis.
“Setiap tangkapan itu tak semestinya ada pertuduhan, tapi kalau setakat ambil keterangan, ia tidak masuk dalam rekod.
Kita akan panggil seseorang bila kita syaki dia terbabit dengan kes tertentu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan mana-mana pihak yang merasakan kenyataannya tidak tepat atau mengganggu siasatan boleh mengambil tindakan undang-undang.
“Kalau rasa saya salah, saman saya. Jangan sekadar nak kata saja,” katanya.
Terdahulu, peguam mewakili keluarga tiga individu yang ditembak mati polis bulan lalu menafikan kekasih salah seorang suspek merupakan seorang penjenayah.
Penafian itu dibuat selepas Dzulkhairi mendedahkan wanita berkenaan mempunyai 10 rekod kesalahan.
Peguam tersebut turut menegaskan seseorang hanya akan mempunyai rekod jenayah sekiranya didakwa dan didapati bersalah di mahkamah, yang mana perkara itu didakwa tidak berlaku terhadap wanita berkenaan.
Sumber: Harian Metro
