20/02/2020 telah menjadi tarikh keramat buat pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza untuk diijab-kabulkan.
Semasa majlis resepsi pasangan tersebut, mata netizen lebih tertumpu kepada kek mereka. Semua netizen terpegun dengan keunikkan kek kahwin mereka. Mana tidaknya, kek mereka terbalik. Ya anda baca dengan betul, terbalik! Tapi bukan terbalik yang tumbang tu, dia terbalik lah. Cuba korang tengok tweet oleh @FLjasmy kat bawah ni
Wow dahsyat kek dia!
Kek dorang ni memang berjaya buat netizen terpegun. Tak kurang juga timbul ‘pakar fizik’ di media sosial yang membahaskan hukum fizik dan graviti yang melibatkan kek ini.
Haa.. ni persoalan yang pertama. Kemana kek tu pegi lepas kena potong. Mungkin sekadar simbolik potong kek je kot. Entah lah, admin pun assume je.
Boleh jadi gak. Admin pernah tengok benda yang sama. Yang lain tu semua span je. Action je lebih tu.
Hahaha admin boleh imagine kalut dia macam mana. Iyelah kan sekali tumbang kek tu semua orang tak dapat makan.
Apa-apa tahniah diucapkan kepada mereka berdua, semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga.