in

“Dah tak boleh tengok” – China Haramkan Penyiaran Video Mukbang Untuk Elak Pembaziran Makanan

Feature 3.1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa antara korang suka tengok video mukbang di YouTube? Tak dinafikan tengok video mukbang ni pun macam hobi jugak sebab dapat belajar tentang makanan dari negara-negara lain kan. Ada sesetengah makanan tu kita tak pernah tahu pun kewujudannya.


Namun, menurut The New York Post, di China, penyiaran video mukbang ini telah diharamkan oleh pemerintah negara terbabit. Ini berikutan kempen elak pembaziran makanan yang telah dilancarkan di sana.

Makan 1
Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, video mukbang China turut terkesan dengan kempen tersebut sebab lazimnya, YouTuber mukbang akan makan makanan dengan kuantiti yang banyak untuk ditunjukkan kepada penonton video mereka.

Dengar kata, video seumpama itu telah dipadamkan di media sosial China seperti TikTok Douyin. Di bawah undang-undang baru ini, mereka yang memuat naik kandungan berkaitan makan dalam kuantiti yang banyak atau overeating dan pembaziran makanan boleh didenda sehingga 100,000 yuan (kira-kira RM63 ribu).

Makan 2
Gambar sekadar hiasan

Bukan itu sahaja, kedai makan atau restoran yang cuba mempromosikan atau mengelirukan pelanggan untuk membeli makanan dalam jumlah yang banyak sehingga boleh mengakibatkan pembaziran juga boleh didenda.

Jadi, kebanyakan restoran di negara itu sekarang perlu berhati-hati dalam menyediakan portion makanan untuk customer agar tidak membazir. Contohnya, sebuah restoran di wilayah Hunan dikatakan telah menyediakan menu khas di mana mereka menjual makanan mengikut berat badan pelanggan.

Apa pendapat korang tentang isu ini? Patut ke tak patut dorang buat macam ni? 

Sumber: The New York Post, Vice

Baca: “Nampak lebih fresh!”- Dulu Berisi Buat Mukbang Bertalam-talam, YouTuber Muncul Dengan Gaya Baru Nampak Lebih Menarik

Makan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.