in

“Nampak lebih fresh!” – Dulu Berisi Buat Mukbang Bertalam-talam, Youtuber Muncul Dengan Gaya Baru Nampak Lebih Menarik

Ft Soobin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend mukbang yang diperkenalkan oleh Korea Selatan sejak tahun 2008 semakin dikenali ramai. Kini, dengan pencarian di aplikasi Youtube semakin banyak lambakan Youtuber yang memilih untuk melakukan content yang sama.


Trend ini diterima ramai kerana beberapa sebab.

Ada diantara mereka yang menonton Youtube ini sewaktu makan bersendirian bagi mengelakkan rasa keseorangan. Tidak kurang juga diantara mereka yang tertarik untuk melihat jenis-jenis makanan yang ada di negara luar.

Capture 6

Bagi peminat mukbang tegar sudah pasti mengenali nama Yang Soobin yang memiliki seramai 2.78 juta pengikut di aplikasi itu.

Memiliki rupa paras yang comel, wanita berusia 26 tahun ini menjadikan videonya menikmati makanan dalam talam sebagai content di channel Youtubenya.

 

Capture 2 1 3

 

Nampak lebih fresh!

Kemunculan Soobin sering dikaitkan dengan wajah tembam dan rambut berwana hitamnya.

Namun bagi yang tidak begitu mengikuti berkembangan Youtuber pastinya ternganga melihat penampilan baru wanita itu.

Capture 4 1

Bukah sahaja tampil dengan potongan rambutnya yang sedikit berbeza, Soobin juga dilihat berjaya menurunkan berat badannya.

Melihat dirinya yang dulu, Soobin pastinya melalui saat yang sukar dalam menjalani proses menurunkan berat badannya itu.

Kesihatan lebih baik

Menerusi perkongsian di Facebook Soobin dia mengalami masalah obesiti sejak kecil lagi.

Dia turut akui usaha untuk menurunkan berat badannya bukanlah sesuatu yang mudah malah dia dikatakan hampir berputus asa.

Capture 3 1 1

Namun melihat kepada perubahan yang dialaminya, Soobin nekad untuk meneruskan ‘perjuangannya’ itu.

Soobin turut menjelaskan gaya hidup barunya itu turut membantunya menyelesaikan masalah senggugut dan migraine yang kerap dialaminya.

Capture 5 2

 Wah min pula excited tengok Soobin makin sihat. Sebenarnya tak kisah lah size badan macam mana pun, yang penting sihat dan bahagia…

Baca : “Ada tinggalkan nota” – Pelawak Terkenal Korea Selatan Ditemui Mati Bersama Ibu, Disyaki Bunuh Diri

Capture 3 5

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.