in

“Dah suruh delete tapi buat tak tahu”- Bengang Gambar Disebar Tanpa Izin, Remaja Tampar Rakan Sekelas

F1 Post Gambar Tanpa Izin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial apabila sebuah video yang menunjukkan seorang pelajar sekolah ditampar oleh seorang lagi pelajar sekolah gara-gara mangsa yang ditampar itu telah memuat naik gambar memalukan tanpa keizinan tuan badan di TikTok.

Difahamkan, kejadian ditampar itu berlaku di dalam kelas di sebuah sekolah dan ia dipercayai sempat dirakam oleh salah seorang pelajar lain.


2 2 2

Dalam video tersebut juga, dapat didengar bahawa tuan badan telah bertanya kepada pelajar perempuan yang telah memuat naik gambar itu dari mana dia mendapat gambar terbabit.

Dia turut bertanya apa tujuan gambarnya itu dimuat naik ke media sosial.

Mana kau dapat muka aku dalam phone kau ni? Kau cakap sekarang! Aku nak tahu tu je. Aku tak ngam tau dengan budak ni. Aku tahu ramai budak sekolah yang tak puas hati dengan kau ni. Kau dah melebih-lebih ni, post la gambar member kau, bukan muka aku,” tanya pelajar tersebut kepada mangsa yang ditampar.

Artikel Berkaitan: “Sini I lempang you” – Pelajar IPT Didakwa Pukul GF Walaupun Mangsa Meronta, Minta Berhenti

Artikel Berkaitan: Gara-gara Berebut Lelaki, Gadis 19 Tahun Kena Lempang Sampai Patah Gigi

Selain itu, tular lagi sebuah video yang menunjukkan pelajar sekolah yang menampar mangsa telah berjumpa dengan penjaga mangsa untuk meminta maaf.

Dia turut mengaku dia terbawa emosi ketika memarahi pelajar yang menyebarkan gambarnya tanpa keizinan itu.

Dia juga menjelaskan dia marah dan tidak suka apabila remaja yang ditampar itu sesuka hati menyebarkan gambarnya sedangkan mereka tidak berkawan antara satu sama lain.

Video terbabit difahamkan telah dimuat naik oleh penjaga mangsa yang ditampar di Facebook.

Menurut pelajar itu, mereka memang ada masuk kelas dan bengkel bersama di sekolah, namun dia tidak pernah menegur pelajar tersebut dan dia tidak pernah cari masalah dengan remaja itu.

Jadi, apabila ada rakannya memberitahu bahawa gambarnya dimuat naik di TikTok pelajar perempuan tadi, dia sangat terkejut dan jumlah tontonan gambar tersebut pula ketika itu dah mencecah 309 tontonan.

Ibu mangsa yang ditampar itu kemudiannya mengatakan dia mahu berjumpa dengan ibu bapa pelajar perempuan itu dan dia juga bersetuju untuk membawa ibu bapanya datang berjumpa dengan keluarga mangsa.

Isu yang tular ini telah meraih pelbagai komen dari netizen di mana ada yang mengatakan pelajar yang menampar mangsa patut dipuji kerana dia berani mempertahankan dirinya apabila dimalukan sebegitu di TikTok dan berani meminta maaf namun dia juga tidak sepatutnya menyentuh fizikal mangsa.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyalahkan mangsa kerana apa motif mangsa sampai nak sebar gambar tersebut di media sosial dan ada juga netizen yang berpendapat penyebaran gambar tanpa izin tuan badan di media sosial juga adalah dianggap sebagai pembulian siber (cyberbully).

14

13

Apa-apa pun, harapnya perkara dapat diselesaikan dengan baik antara kedua-dua belah pihak. 

Sumber: X

 

Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.