in

“Dah selalu terkena” – Pemilik Restoran Selongkar Tong Sampah Pelanggan Gara-Gara Dakwa Pesanan Tak Sampai

Pemilik Restoran Serang Rumah Pelanggan Menipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemilik restoran di United Kingdom baru-baru ini telah membuat sesuatu diluar jangkaan selepas dia bertindak untuk menyelongkar tong sampah milik salah seorang pelanggannya, yang mendakwa kononnya makanan yang dipesannya dari restoran itu tidak diterimanya.

Menurut laporan Mirror UK, pemilik restoran Ebor Cirbus Pizza di York, Connor Calland telah dihubungi oleh syarikat penghantaran makanan Deliveroo selepas mereka berjaya membuat penghantaran yang didakwa tidak sampai tersebut.


Menurut dakwaan pelanggan tersebut, dia dan rakannya tidak menerima pesanan piza 12-inci, kentang goreng dan juga buffolo blue chicken berjumlah £23.49 (RM130).

277785192 1400864013708405 2185743715511984118 n

Selepas membuat refund kepada pelanggan berkenaan, Callan berasa curiga dengan perkara tersebut dan bertindak untuk menyiasat lebih lanjut kerana perkara sedemikian bukanlah yang pertama.

Difahamkan, Callan bertindak untuk pergi ke rumah pelanggannya berdasarkan alamat penghantaran dan mendapati sisa makanan dari restorannya seperti sos buffalo yang biasa diletakkan pada kentang goreng ada dalam tong sampah di rumah pelanggan tersebut.

Dia kemudiannya meminta pelanggan tersebut untuk membuat surat pemohonan maaf tidak kurang dari 750 patah perkataan sambil pelaku turut mendakwa dia ‘dipaksa’ menipu atas desakan rakannya.

ezgif horz

“Saya telah menerima satu pengajaran atas perbuatan yang disebabkan pengaruh buruk rakan saya ini, saya akui perbuatan ini salah dan memburukkan nama warga sekitar dengan berkelakuan sebegini”

“Tolong terima permohonan maaf di atas perkara yang berlaku. Saya dengan rendah diri menyesal dengan perbuatan tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi”

Dalam masa yang sama, pemilik restoran berkenaan turut menyebarkan perkara berkenaan di media sosial bagi memberikan kesedaran atas tuntutan palsu dan penipuan yang dialaminya.

Difahamkan, pemilik berkenaan kerugian sekitar RM276 hingga RM553 setiap minggu atas sikap murah hati dan kepercayaan restoran berkenaan kepada pelanggan mereka.

Baca : 2 Banduan Minta 20 Piza Sebagai ‘Wang Tebusan’, Rupanya Nak Beri Makan Pada Tahanan Lain

pizza

Sumber: EborCibus
Sumber: Ladbible

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.