in

“Dah plan pengebumian” – Warga Emas Ini Pernah Disahkan Positif COVID-19 43 Kali Dalam Tempoh 10 Bulan

Dave Smith

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selama 10 bulan, seorang warga emas dari Britain telah disahkan positif wabak COVID-19 sebanyak 43 kali. Kes terbabit dikatakan mungkin adalah kes jangkitan berterusan paling lama pernah direkodkan.


Mungkin kedengaran tidak masuk akal namun itu adalah apa yang berlaku kepada Dave Smith, 72, dari Bristol, barat England yang pernah disahkan positif COVID-19 sebanyak 43 kali dan dimasukkan ke hospital sebanyak tujuh kali. lapor The Straits Times.

119068076 P09Mcdbz E1624674384651

Dalam satu temu bual bersama BBC, Smith yang merupakan bekas pengajar di sekolah memandu berkata dia sudah membuat perancangan untuk majlis pengebumiannya.

“Saya dah panggil semua ahli keluarga saya dan meminta maaf serta mengucapkan selamat tinggal,” katanya.

Pun begitu, ternyata, nyawa Smith masih panjang selepas dia disahkan pulih selepas menerima rawatan antibodi sintetik yang dibangunkan Regeneron iaitu sebuah firma bioteknologi Amerika Syarikat.

Difahamkan, rawatan yang diberikan kepada Smith itu adalah atas dasar belas kasihan.

Menurut sumber lagi, hasil ujian klinikal yang diterbitkan bulan ini menunjukkan rawatan terbabit mengurangkan kematian dalam kalangan pesakit COVID-19 kronik yang tak dapat meningkatkan tindak balas imun yang kuat.

Rejim rawatan seperti ini bagaimanapun, masih belum dibenarkan penggunaannya secara klinikal di Britain.

Ada virus aktif dalam badan selama ini.

Unnamed 2 E1624674494309
Gambar hiasan

Menurut Dr Ed Moran, seorang konsultan penyakit berjangkit di University of Bristol dan North Bristol National Health Service Trust, Smith mempunyai virus aktif di dalam badannya selama ini.

“Sampel virus di dalam badan Smith dihantar kepada rakan-rakan universiti dan mereka dapat membuktikan bahawa ia adalah virus aktif dan bukanlah sisa produk yang boleh meransang ujian polymerase chain reaction (PCR),” katanya. 

Smith telah disahkan negatif wabak maut itu selepas 45 hari dia menerima rawatan dari Regeneron dan 305 hari semenjak dia kali pertama disahkan positif.

Meskipun rawatan yang diberikan kepada Smith bukanlah sebahagian daripada ujian perubatan rasmi, kes itu kini dikaji oleh ahli virologi, Andrew Davidson dari University of Bristol.

Screenshot1531280X720 1001353 1624619982 E1624674613501

Untuk info, Smith mempunyai sejarah penyakit paru-paru dan baru sahaja sembuh dari leukimia ketika dia pertama kali dijangkiti COVID-19 pada Mac 2020.

Kata Smith ketika ditemu bual akhbar The Guardian pula, semenjak disahkan negatif COVID-19, dia masih lagi mengalami masalah pernafasan tapi sudah boleh berjalan di sekitar Britain dan sedang mengajar cucunya memandu.

Sumber: The Straits Times

Baca: Warga Emas di Jepun Tak Pasal Pasal Dapat 3 Dos Vaksin Covid-19 Sebab Hospital Tersilap Ada Wanita Nama Sama

Ft Vaksinjepun E1624674306380

Sumber: BBC
Sumber: DispatchLIVE
Sumber: DeecanHerald

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.