in

Ini Sebab Kenapa Istilah ‘Office Wife’ Sebenarnya Bahaya & Haram Menurut Syarak

Syaz Ft 2026 04 21T153902.447

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka, gurauan ringkas di pantri atau sesi meluah perasaan tentang masalah rumah tangga kepada rakan sekerja boleh menjadi punca keruntuhan institusi keluarga?

Baru-baru ini, Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak ada mengeluarkan panduan mengenai adab pergaulan di tempat kerja, terutamanya melibatkan fenomena yang semakin menular iaitu ‘Office Wife’ dan ‘Office Husband’.


Artikel berkaitan: Tular Surat Rasmi Penetapan Waktu Solat Sunat Aidilfitri, Jabatan Mufti Pahang Sahkan Ia Palsu

Artikel berkaitan: Gali Kubur Semula Untuk Siasatan Jenayah, Ini Penjelasan Mufti

Bukan Sekadar “Kawan Kerja”

Walaupun niat asal mungkin hanya sekadar berkawan, namun hubungan akrab antara lelaki dan wanita bukan mahram di pejabat boleh menjadi ruang untuk syaitan menyelinap masuk.

Depositphotos 247414414 Xl

Menurut kenyataan tersebut, hubungan ini sering bermula dengan:

  • Berkongsi masalah peribadi atau masalah pasangan.
  • Meluangkan masa bersama seolah-olah rakan sekerja itu adalah pasangan sendiri.
  • Pertukaran mesej peribadi atau berkongsi makanan yang membuka pintu kecurangan emosi.

6 Langkah Praktikal Untuk Elak Terjerat

Depositphotos 832289266 Xl

Bagi memastikan suasana kerja kekal profesional dan diberkati, Jabatan Mufti Perak menggariskan beberapa langkah yang boleh kita amalkan:

  1. Hadkan Urusan Kerja Sahaja: Tak perlu kongsi masalah rumah tangga, konflik pasangan, atau rahsia peribadi dengan rakan sekerja berlainan jantina.
  2. Elak Aktiviti Berdua-duaan: Ini termasuklah makan tengah hari berdua, pulang bersama, atau berbalas mesej selepas waktu kerja.
  3. Jaga Adab Digital: Jangan hantar emoji romantik, voice note beremosi, atau berborak larut malam.
  4. Utamakan Pasangan: Jika mula rasa ada chemistry yang berlebihan di pejabat, segera jauhkan diri dan minta pertukaran tugas jika perlu.
  5. Jaga Suara & Tingkah Laku: Elakkan menggunakan nada manja atau bergurau secara berlebihan (double meaning).
  6. Pakaian Menutup Aurat: Memilih pakaian yang tidak ketat atau menjolok mata untuk memelihara kehormatan diri.

Perbuatan yang dianggap “biasa” ini sebenarnya boleh mencetuskan fitnah dan syak wasangka orang lain. Lebih menakutkan, ia berpotensi membawa kepada maksiat yang lebih besar seperti zina dan kemerosotan sifat kasih sayang dalam keluarga sendiri.

Pihak organisasi juga digalakkan untuk menetapkan kod etika pergaulan (ikhtilat) dan menyediakan saluran aduan gangguan seksual yang selamat untuk para pekerja.

Sumber: Jabatan Mufti Perak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.