in

“Dah macam kartel” – Tauke Kedai Murtabak Upah Samseng Serang Musuh Perniagaan

Untitled Collage 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu dalam kisah-kisah yang kita pernah dengar, pemilik restoran akan guna pelaris untuk menarik pelanggan datang ke premis makanan mereka. Ada yang amalkan ilmu batin macam sihir, azimat dan sebagainya.


Tapi kisah di Singapura ni lain macam level dia, tak main la amalan-amalan syirik semua tu. Kes ini melibatkan dua restoran murtabak yang memang legend kat sana — Zam Zam Singapore dan Victory Restaurant.

Ramai yang cakap, kalau datang Singapore tak sah kalau tak singgah salah satu antara dua kedai ini — lagi pun diorang buka sebelah menyebelah je!

Np 20171122 Hbpowder22 1665426

Baru-baru ni, rivalry yang berlarutan selama hampir 100 tahun antara kedua-dua perniagaan ini kembali menjadi bualan — apabila pemilik Zam Zam Singapore, Zackeer Abbass Khan didapati bersalah kerana mengupah samseng untuk mengelar muka penyelia restoran Victory, Liakath Ali Mohamed Ibrahim.

Berita MediaCorp melaporkan, mahkamah turut mendapati Zackeer telah berkomplot dengan seorang rakan perniagaannya — yang kemudian bertindak mengupah samseng untuk melakukan jenayah tersebut.

Kes dikatakan berlaku pada 26 Ogos 2015, dan samseng tersebut telah pun dijatuhi hukuman penjara. Cuma perbicaraan lanjut mengenai kes itu melibatkan Zackeer, rakan subahat dan mangsa masih lagi berlarutan — sehinggalah dia diputuskan bersalah baru-baru ini.

Di sebalik kisah ini adalah, puncanya dikatakan akibat berebut pelanggan je pun! Daripada bos hinggalah kepada kakitangan, masing-masing tak sebulu sehinggalah kemuncaknya — upah hitman je terus.

Haih, tak tenang la hidup lepas ni agaknya. Apa pun, kes ini sememangnya mendapat tumpuan daripada netizen yang rata-ratanya mengakui murtabak kedua-dua kedai ni sangat sedap!

1 1

2 1

3 1

4

5 1

Ada yang tiba-tiba craving murtabak tak sekarang ni? Meh belanja.

5E8Dd2E8D2C11Dc2E9E1497684 Original

 

Baca: “Underwear pun nak curi ke?” – Rakaman CCTV Kantoikan ‘Aksi’ Tukang Cermin Curi Seluar Dalam Wanita

Kantoi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.