Jumaat lepas negara dikejutkan dengan berita kemalangan maut membabitkan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis apabila kereta dipandunya terbabas berhampiran Pintu B Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Ulu Pauh di Arau.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu itu, mangsa Dr Mohammad Farid Ismail, 28 tahun dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya sebelum kenderaan dipandunya dipercayai hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di pembahagi jalan, lapor Astro Awani.
Mangsa mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.
Namun yang menjentik hati netizen adalah posting arwah di instagram mengenai perasaannya selepas ‘diberikan’ mak dan ayah baru.
“Dah ada mak dan ayah. Dah lama tak ‘guna’ perkataan ‘ayah dan ‘mak’, now i can use it back…”
Tersentuh hati baca ya allah caption ig tu ?? Al-fatihah kepada mangsa. pic.twitter.com/cFSDISlzCZ
— Razz (@RazzGhazali) August 23, 2019
Posting arwah di instagram jelas memperlihatkan yang dirinya merindui panggilan emak dan ayah yang sudah lama tidak disebutnya.

Allah tunaikan permintaan dia untuk panggil paanggilan mak dan ayah walaupun hanya sekejap. Allahuakbar :’)
Rata-rata netizen sebak dengan kisah pemergian arwah namun mereka rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya doa arwah untuk menggunakan gelaran ‘mak’ dan ‘ayah’ dimakbulkan sebelum dia menutup mata.

Semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman, amin