Penafian: Artikel ini mengandungi sebutan mengenai peranti pemanas tembakau. Sila abaikan jika anda bukan perokok yang telah mencapai umur sah.
Ramai anggap kita perlukan teknologi yang canggih dan mahal untuk upgrade gaya hidup. Ada pula yang masih stuck dengan cara lama sebab tak ambil tahu pilihan yang lebih efisien. Tapi sebenarnya, satu upgrade kecil pun kadang-kadang dah cukup nak mudahkan hidup, jimat masa dan jadikan kehidupan kita lebih teratur.
Kalau korang rasa hidup macam kelam-kabut, tak sempat nak buat semua benda atau cepat stress dengan hal remeh, mungkin bukan sebab kerja korang terlalu banyak tapi kerana teknologi yang korang guna tak membantu sepenuhnya.
Untuk artikel kali ini, apa kata kita tengok apa lima upgrade mudah yang korang boleh buat untuk jadikan rutin harian korang lebih smooth.
1. Wireless charger
Sepatutnya sekarang ni pakai kabel cas telefon dah tak relevan dah. Wireless charger ni bukanlah benda baru, tapi ramai yang masih anggap ia satu kemewahan. Tapi sebenarnya bila dah biasa guna korang mesti terfikir kenapa tak upgrade je benda ni dari awal lagi. Mana taknya, korang hanya perlu letak je telefon atas pad dan terus cas tanpa perlu cari port atau pun deal dengan kabel yang berselirat.
Selain tu, meja kerja atau side table pun nampak lebih kemas bila tak ada macam-macam wayar. Korang juga boleh cas sambil tengok video, scroll media sosial atau buat kerja tanpa gangguan. Wireless charger ni memang boleh menjimatkan masa dan kurangkan benda remeh dari rutin harian.
2. Smart tag
Berapa kali dalam masa seminggu korang buang masa untuk cari kunci atau dompet sebelum keluar rumah? Smart tag, boleh selesaikan masalah korang. Benda kecil ni boleh lekat pada kunci, beg atau dompet korang boleh dikesan terus guna phone kalau korang tersalah letak tempat.
Upgrade ni memang sangat berguna kalau korang tengah rushing. Ada juga model yang boleh keluarkan bunyi bila ditekan dari phone, jadi korang tak perlu nak selak sofa, terbalikkan beg untuk cari barang korang. Hidup pun lebih tenang.
3. Cordless vacuum
Kalau dulu bila nak vacuum rumah, korang gigih nak kena tarik wayar panjang, cari plug point dan angkat mesin berat, sekarang ni semunya boleh diselesaikan dengan satu tangan je. Mana tidaknya, cordless vacuum sangat ringan, senang nak handle dan boleh capai ruangan sempit yang vacuum besar biasanya tak boleh.
Benda ni bukanlah upgrade besar tapi bila korang dah guna memang rasa lain betul. Lepastu, disebabkan kemudahan vacuum ni, korang pun akan jadi lebih rajin untuk terus bersihkan lantai. Lagi-lagi kalau korang ada anak kecil atau haiwan peliharaan dekat rumah.
4. Smart security door
Bila kita tinggalkan rumah kosong, memang sentiasa rasa risau. Lagi-lagi kalau korang duduk sorang atau kerap keluar rumah. Dengan smart security door, korang boleh kunci dan buka pintu rumah dengan guna phone je.
Malah, ada sesetengah model siap boleh bagi notifikasi bila pintu dibuka, kamera, fingerprint dan auto-lock. Selain buat rumah korang rasa lebih selamat, ia juga buat korang rasa tenang dan selamat bila keluar rumah. Lepas ni dah payah nak patah balik semata-mata nak check korang dah kunci pintu ke belum.
5. IQOS ILUMA i
Untuk orang dewasa yang masih menggunakan produk tembakau, mencari alternatif yang mudah bukan lagi sesuatu yang mustahil. IQOS ILUMA i merupakan peranti pemanas tembakau paling canggih setakat ini, dilengkapi dengan ciri-ciri pintar yang direka untuk menjadikan pengalaman lebih praktikal dan tersusun.
- Teknologi Pemanas Tanpa Pembakaran: IQOS ILUMA i menggunakan SMARTCORE INDUCTION TECHNOLOGY™ yang memanaskan tembakau sebenar tanpa api. Jadi tiada asap, tiada bau kuat yang melekat, dan tiada abu.
- Pause Mode: Korang boleh hentikan pengalaman selama maksimum 8 minit dan sambung semula kemudian tanpa pembaziran.*Sesuai untuk korang yang kerap terganggu atau ingin menikmati pengalaman secara berperingkat.
- Autostart: Pengalaman akan bermula secara automatik apabila smartcore stick dimasukkan ke dalam peranti. Tak perlu tekan butang, sangat berguna bila sedang bergerak atau sibuk.
- Skrin Sentuh Interaktif: Semua info penting seperti status bateri, masa penggunaan dan tetapan peranti boleh diakses dengan mudah melalui skrin sentuh yang responsif.
Gabungan semua ciri ini membantu menjadikan waktu rehat korang lebih ringkas dan selesa. Sesuai untuk gaya hidup moden yang lebih tenang dan tersusun.
*Hanya untuk tempoh 3 minit pertama sesi penggunaan. Apabila Pause Mode diaktifkan, anda boleh menikmati sehingga dua sesi berturut-turut, dan Pause Mode hanya boleh digunakan untuk salah satu sesi sahaja. Maklumat lanjut di www.iqos.com
Untuk ketahui lebih lanjut tentang IQOS ILUMA i, layari laman web, Instagram dan Facebook mereka.
Produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.