Apalah perasaan bila dapat tahu pasangan kita curang dari mulut anak sendiri?
Seorang lelaki dari China yang berhijrah ke Singapura bersama teman wanitanya 10 tahun lalu telah tinggal bersama selama bertahun-tahun dan mempunyai seorang anak perempuan.
Kerana jadual mereka yang sibuk, pasangan ini membuat keputusan untuk mengambil orang gaji untuk menjaga anak mereka.
Dia nampak sederhana dan baik, tapi kadang-kadang ada konflik bila nak bercakap jadi saya suruh teman lelaki saya je yang berkomunikasi dengan orang gaji.”
Tapi apa yang dia tak tahu, ini telah membuka jalan untuk lelaki tersebut curang di belakangnya.
Wanita ini mula mengesyaki teman lelakinya bila anak perempuan mereka tiba-tiba cakap benda pelik tahun lepas.
Ayah peluk kakak.”
Bila wanita ini tanya teman lelakinya, lelaki itu hanya beri alasan yang anak mereka hanya merepek.
Tapi, selepas insiden ini, wanita tersebut perhatikan layanan teman lelakinya terhadap orang gaji mereka memang nampak lain!
Katanya, walaupun sekolah anak dorang hanya 10 minit je jalan kaki, teman lelakinya tetap nak hantar dorang naik kereta dan pulang bersama orang gajinya sejurus selepas itu.
Ekoran merasakan yang orang gajinya akan memberikan masalah kepada keluarganya, wanita ini telah membuat rancangan untuk hantar pembantunya ini pulang selepas kontrak tamat.
Wanita ini dikatakan telah menghantar orang gajinya sendiri ke lapangan terbang dan melihat wanita itu masuk ke terminal sebelum pulang ke rumah.
Tapi selepas orang gajinya pulang, hubungan dia dan teman lelakinya tetap sama, tak semakin baik.
Menurutnya, teman lelakinya ini pergi kerja setiap hari walaupun masa lockdown di Singapura dijalankan. Tak cukup dengan itu, lelaki ini juga dah tak pulang ke rumah untuk makan malam bersama keluarga.
Satu hari, ketika dia curi-curi check telefon teman lelakinya itu, dia dapati orang gajinya tak balik pun ke Indonesia dan masih menetap di Singapura.
Wanita ini juga dapat tahu yang orang gajinya telah pun selamat melahirkan anak bersama teman lelakinya Mei lalu.
Terkejut dengan apa yang dilihatnya, wanita ini meminta penjelasan dari teman lelakinya namun masih dinafikan sebelum akhirnya mengaku yang dia telah sewa rumah lain untuk “teman wanitanya” itu.
Dikatakan juga, pembantu rumahnya itu sering memuat naik gambar barang-barang mewah yang dibelikan teman lelakinya itu ke media sosial.
Sejak itu, lelaki ini telah pun berpindah dan hanya datang melawat sekali-sekala untuk menjenguk anak perempuan mereka.
Wanita ini cuba untuk laporkan perkara ini kepada pihak polis, tapi mereka tak boleh ambil tindakan kerana pembantunya itu adalah pekerja yang sah.
Dia kemudiannya dirujuk ke Kementerian Tenaga Manusia di Singapura, di sana dia menghadapi masalah untuk membawa perkara ini ketengah kerana dorang tak berkahwin.
Bagaimanapun, kementerian ini kemudiannya memberitahu yang orang gajinya itu boleh didakwa di bawah Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing di mana orang yang ada permit pekerjaan tak dibenarkan utuk mengandung dan melahirkan anak di Singapura melainkan dah berkahwin dengan warga Singapura atau dapat jadi penduduk tetap.
Jika sabit kesalahan, pembantu rumah itu boleh didenda sehingga SGD10,000 (RM30,500), penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali, lapor AsiaOne.