Sebelum ini, tular isu seorang wanita mendakwa pelakon muda, Aniq Suhair telah menghamilkan dirinya. Namun, tidak lama selepas itu wanita tersebut tampil dengan permohonan maaf dan berkata bukan niatnya untuk menjatuhkan reputasi pelakon tersebut.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini wanita tersebut kembali mendedahkan sisi hitam Aniq Suhair yang seolah-olah ‘lari’ dan tidak bertanggungjawab.
https://www.tiktok.com/@aifanbila1/video/7303675931376340226
Dimanipulasi & disuruh bersihkan nama?
Dalam beberapa video di akaun TikTok @aifanbila1, wanita itu menemplak kembali Aniq yang dikatakan tidak bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, wanita itu mengakui dia telah dimanipulasi oleh Aniq dan disuruh untuk membersihkan nama baik.
Sebenarnya, memang betul Aniq Suhair telah membuat saya hamil. Tapi dia telah memanipulasi saya dan menjanjikan saya macam-macam serta telah menipu saya supaya saya membersihkan namanya..
Dia berkata gambar tersebut adalah bukti mereka berjumpa di balai polis bersama peguam Aniq Suhair.

Dituduh buat fitnah
Dalam video yang lain, wanita itu berkata Aniq masih lagi menuduhnya membuat fitnah sedangkan statement Aniq di Instagram telah pun dipadam.
Kalau aku fitnah, kenapa kau delete statement kau dekat IG? Mana bukti report polis dan surat lawyer kau? Mana ‘surat saman’ sebab aku fitnah? Memang takde pun tapi disebabkan janji2 kosong dia pada awal.

Artikel berkaitan: Tular Isu Mengandungkan Perempuan, Aniq Suhair Bakal Ambil Tindakan
Artikel berkaitan: “Dia mengandungkan saya” – Wanita ‘Spill Tea’ Pasal Pelakon Muka Jambu, Ramai Dah Jadi ‘Mangsa’?
Bapa kepada 3 anak?
Lebih mengejutkan, satu tangkap layar chat wanita itu dengan Aniq memaparkan pelakon tersebut seolah-olah mahu ‘lari’ dan tidak mahu bertanggungjawab. Aniq berkata kepada wanita itu dia telah mempunyai tiga anak dengan orang lain.

Bagi mendapatkan pengesahan bapa kepada kandungan itu, wanita tersebut ada meminta Aniq wang untuk melakukan ujian DNA, namun Aniq sekeras-kerasnya mengelak untuk berbuat demikian.
Dia tak nak buat DNA test dari dulu sebab dia memang tak nak evidence and never willing to beresponsible pun.
Artikel berkaitan: “Bukan niat saya” – Pernah Buka Cerita Hamil Anak Aniq Suhair, Wanita Tampil Mohon Maaf
Konon take responsibility
Wanita itu berkata pelakon tersebut juga kononnya mahu bertanggungjawab selepas pulang dari Mekah namun sampai sekarang masalah tersebut masih belum selesai malah dia juga dihalau ketika datang ke rumah Aniq.

Walau bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis masih belum ada lagi penjelasan daripada pihak Aniq Suhair mengenai isu ini.
Sumber: TikTok