in

“Cuba pengaruh pengundi Sabah” – Tok Mat Dakwa Kenyataan DSAI Hanya Gimik

Ft Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh semalam, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim  membuat pengumuman mengejut dengan mengeluarkan kenyataan bahawa dia mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan.


Tengah sibuk nak melawan pandemik ni, makin kecoh jadinya…

Tahun 2008 dulu pun rasanya ada umum benda sama.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, tindakan Anwar adalah bertujuan untuk mempengaruhi pengundi di Sabah yang bakal melansungkan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada hari Sabtu ni., lapor Berita Harian.

“Mungkin untuk cuba mempengaruhi pengundi Sabah yang akan membuang undi 26 September ini,” katanya. 

Capture 6 2

Bagaimanapun setakat ini, UMNO masih memberi sokongan penuh terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“UMNO masih lagi bersama untuk mendokong dan menyokong kerajaan PN. Jika ada sebarang perubahan pendirian sokongan, ia mestilah di putuskan oleh parti, 

Terdahulu, Anwar mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan penuh untuk menubuhkan menubuhkan kerajaan persekutuan.

“Ini semua tidak bermakna. Lucut atau tidak kuasa pemerintahan ditentukan dalam Dewan Rakyat dengan ahli yang dapat hadir sendiri mengundi dan tidak boleh dilakukan secara proksi atau diwakili melalui SD.

Bagaimanapun menurut Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, perlucutan kuasa adalah ditentukan oleh Dewan Rakyat dan tidak boleh dilakukan secara perwakilan.

Keputusan juga akan perlu ditetapkan oleh Yang Dipertuan Agong dan Ahli Parlimen tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya.

“Perdana Menteri mesti mengadap (Yang di-Pertuan) Agong apabila beliau hilang sokongan untuk meletak jawatan Perdana Menteri dan mohon sama ada Agong bubar Parlimen untuk mengada PRU (Pilihan Raya Umum) atau melantik Ahli Parlimen lain yang (baginda) tuanku berpendapat mempunyai sokongan majoriti ahli dalam Dewan Rakyat,” katanya. 

So maknanya, tanpa kebenaran YDPA tak bertukar juga la kerajaan nanti…

 

Baca: Anwar rakus, gila kuasa nak raih publisiti murahan- Setiausaha Agung BN, Bersatu, PAS, GPS, PBS dan STAR

Capture 6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.