in

Cuba Masuk Malaysia, 24 PATI Rohingya Dikhuatiri Lemas Di Langkawi

Xxx 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Malah, isu ini sering menjadi persoalan rakyat Malaysia apabila lambakan PATI di negara ini dilihat semakin tidak terkawal.


Terbaru, seramai 24 PATI yang dipercayai etnik Rohingya dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus di perairan barat Pulau Langkawi malam semalam.

Menurut sumber, mereka dipercayai cuba untuk menceroboh negara ini secara haram. Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata pihak mereka menerima laporan selepas menjumpai seorang migran yang terselamat selepas terjun dari bot terbabit.

1 19

PATI yang terselamat dikenali sebagai Nor Hossain, 27, mendakwa hanya dia yang terselamat dan berjaya berenang ke darat. Dia kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

Pihak mereka kini sedang gigih mencari baki etnik Rohingya yang dilaporkan hilang dengan menggunakan kapal KL GAGAH, bot pelindung dan sebuah helikopter Agusta Westland AW139.

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat mereka semua.

Sumber: Berita Harian

BACA: Korea Utara Umum Kes Pertama Covid-19, Pesakit Bakal Dijatuhkan Hukuman

X 2

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.