in

“Cuba larikan diri dengan terjun bangunan” – Viral Satu Lagi Kematian Ketika Dalam Tahanan, Ini Penjelasan Polis…

Ft Umarfaruq

Baru-baru ini, viral di media sosial tentang kematian seorang individu ketika berada di dalam tahanan polis. Berita itu mendapat perhatian netizen selepas ia dikatakan kali keempat berlaku insiden kematian dalam tahanan polis.

Pelbagai persoalan timbul dan ramai netizen mendesak agar pihak polis memberi penjelasan tentang insiden-insiden yang telah berlaku itu. Terbaru, Umar Faruq Abdullah @ Hemanathan dilaporkan meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Umar1

Tampil untuk memberi penjelasan, polis Selangor berkata insiden kematian itu berpunca daripada kemalangan ketika cuba melarikan diri dengan terjun bangunan, lapor Malaysiakini. Menurut Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed,

Semasa pegawai penyiasat kes sedang iringi si mati untuk ke lokap daripada pejabat, semasa dia menuruni tangga dari tingkat dua ke tingkat satu, tahanan bertindak menolak pegawai penyiasat berkenaan dan dalam pada masa sama bertindak melarikan diri ke ke arah tingkap tangga yang berkenaan yang terbuka.”

Dan seterusnya terjun ke bawah. Dia telah jatuh di luar konkrit pemisah antara tingkat satu dan tingkat dua dan selepas itu jatuh di sebuah motosikal yang ada di parkir tar.”

Baru semalam, peguam keluarga umar Faruq, M Manoharan mendakwa ada sesatu yang ‘pasti sayang tidak betul’ berhubung kematiannya hanya sehari selepas Allahyarham ditangkap. Terdahulu, status berkenaan kematiannya yang dimuat naik di Facebook Malaysian Lawyers & Law Students menjadi viral dan mendapat perhatian.

ANOTHER DEATH IN POLICE CUSTODY TODAY.Mother of 3 children aged 5,4 and 6 months old lost her husband/father…

Posted by Manoharan Malayalam on Thursday, June 3, 2021

 

Sebelum ini, tiga lagi kes kematian dalam tahanan  yang turut mendapat perhatian ramai termasuklah ahli parlimen Muar, Syed Saddiq adalah kematian A.Ganapathy pada April, Sivabalan pada 20 Mei dan Surendran Shanker pada 27 Mei lepas.

Baca: “Takut jadi macam Ganapathy” – Keluarga Dakwa 22 Tahanan Penjara Jelebu Didera Tanpa Henti Dari 5 Petang Sampai 8 Malam

Collage 2

Sumber: Malaysiakini