in

“Covid is no joke” – [Video] Ibu Tepuk & Goncang Dada Anak, Tak Nak Bagi Tidur Sebab Sesak Nafas Akibat Positif Covid-19

Bayi11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pertikaian pasal kesahihan pandemik global ini bukanlah berlaku di negara kita sahaja, ia juga berlaku di negara luar cuma dalam perspektif yang berbeza.


Umumnya, Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia ini boleh meragut nyawa orang tersayang dalam sekelip mata sahaja tanpa kita duga.

Ramai yang dah kongsikan pengalaman mereka dan cabaran yang mereka lalui dan terbaru ini ia menimpa seorang bayi ini.

 

“Covid is real”

Video yang dimuatnaik di TikTok viral di platform media sosial lain apabila ramai yang bersimpati melihat bayi ini.

Kita sedia maklum bahawa terdapat 3 golongan yang berisiko dijangkiti Covid-19 adalah kanak-kanak, warga emas dan mereka yang ada penyakit kronik.

Ini kerana Pakar Pediatrik Hospital Pakar KPJ Selangor, Datuk Dr Zulkifli Ismail pun sebelum ini ada menjelaskan sistem imuniti mereka lebih rendah berbanding orang dewasa normal, lapor Sinar Harian.

Jadi, dalam video ini dapat dilihat kanak-kanak itu mengalami simptom utama apabila dijangkiti Covid-19 iaitu sukar untuk bernafas.

Dapat dilihat ibunya sedaya upaya untuk elak bayinya lemah daripada tidur sementara menungggu masa untuk dihantar ke hospital.

Ibunya Stephanie Urich tidak dapat mendampinginya kerana dia juga dijangkiti virus tersebut.

Dalam video itu, ibunya turut menjelaskan bahawa Covid-19 bukanlah demam atau selsema biasa, ia adalah satu penyakit yang sangat bahawa. Dia menggesa warganet supaya patuh dengan arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Kata-katanya itu mendapat sokongan netizen di Malaysia dan ramai yang sebak melihat keadaan bayi tersebut.

Bayi Bayi2 Bayi3 Bayi4 Bayi5 Bayi6 Bayi7

Bagaimanapun menerusi TikTok Stephanie, mereka kini sudah boleh dibenarkan pulang kerumah. Namun bayinya, Wyatt masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.

Harap video ini dapatlah dijadikan pengajaran terutamanya kepada mereka yang masih lagi tidak peka dengan wabak ini, memang bahaya kalau bawa bayi keluar buat masa ini.

 

Baca : “Ibu sudah tenang di sana” – Netizen Tak Tahan Sebak Tengok Satu Keluarga Video Call Sebelum Ibu ‘Pergi’ Akibat Covid-19

Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.