fbpx

in

Covid-19: Varian Baru Seperti Kacukan Varian India & Varian UK Dikesan Di Vietnam

2Vietnam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak berkuasa Vietnam telah mengesan satu varian baharu Covid-19 yang merupakan kacukan antara varian India dan varian Britain (UK) baru-baru ini.



Screenshot 2021 05 30 At 12.26.41 Pm
Sumber: reuters

Menurut laporan Astro Awani, varian terbaharu berkenaan adalah lebih berbahaya serta mampu tersebar melalui udara dengan pantas. Menteri Kesihatan Vietnam, Nguyen Thanh Long menggambaran varian baharu tersebut adalah kacukan antara varian yang dikesan sebelum ini serta lebih berbahaya.

Vietnam akan menerbitkan data mengenai varian baharu yang dikenalpasti itu dalam masa terdekat. Terdahulu, Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti 4 varian virus tersebut yang menjadi kebimbangan penduduk dunia. Ini termasuk yang muncul pertama kali di India, Britain, Afrika Selatan dan Brazil.

Screenshot 2021 05 30 At 12.27.25 Pm
Sumber: ap

Menurut WHO, varian baharu yang dikesan di Vietnam berasal daripada varian India yang mempunyai mutasi tambahan. Varian terbaharu tersebut didapati mampu mereplikasi dirinya dengan sangat pantas.

Pihak berkuasa Vietnam tidak menolak kemungkinan ini yang mungkin menjadi faktor penyumbang kepada kemunculan banyak kes baharu di negara itu dalam waktu yang singkat.

 

Baca: Bolos Ke Thailand Guna Jalan Tikus, Isteri Warga Malaysia Jangkiti Suami Covid-19 Varian Afrika Selatan

Screenshot 2021 05 30 At 12.25.34 Pm

 

 

\

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top