Kalau korang perasan, kebanyakan syarikat airlines sekarang ni nampak agak ghairah dalam memberikan diskaun tiket penerbangan kepada pelanggan. Ada yang sampai turun 50 ke 70% diskaun dengan harga yang tak munasabah langsung.
Rata-rata dapat mengagak semua ni berlaku disebabkan tak ramai orang nak travel ke sana sini gara-gara wabak COVID-19. Hmm…
“Sekarang ni dah tanda-tanda ekonomi sedang mengalami kegawatan”
Menerusi perkongsian netizen di Twitter, industri penerbangan sekarang sedang alami detik-detik kritikal mereka. Rata-rata staf airlines dan krew juga katanya bakal kehilangan pekerjaan jikalau perkara macam ni berterusan.
Sebelum tu jom kita doakan supaya semua yang terlibat dilindungi dan dilimpahkan rezeki mereka pic.twitter.com/ewIQcDAyKv
— REANA LEY (@ReanaLey) March 8, 2020
Antara tips persediaan yang dikongsikan netizen supaya korang kat luar sana ready untuk menghadapi situasi ini di masa depan:
1. Menyimpan
2. Buat 7 jenis tabungan
3. Buat pre-loved dan side income
4. Upgrade skill yang korang ada
5. Kenalpasti kemahiran
6. Berjimat dan utamakan keperluan
7. Mental preparation
Admin yakin dalam situasi ekonomi yang tak menentu ni, bukan industri penerbangan je yang terkesan dengan situasi ni malah industri lain seperti pelancongan dan perhotelan pun mengalami masalah yang sama.
Apa-apapun admin doakan semoga korang semua kat luar sana bertabahlah dengan situasi ekonomi sekarang. InsyaAllah ada jalan yang terbaik buat semua.
Baca: Agong Bimbang Jangkitan Covid-19 Meningkat, Gesa Kerjasama Seluruh Rakyat