in

Corntoz ‘Collab’ Dengan Dragon Ball Z, Berpeluang Dapat Hadiah Utama Figurine Goku Bernilai RM2,500

Ft Corntoz Dragon Ballz

Siri anime Dragon Ball Z meneruskan pengembaraan Son Goku dalam kehidupan fasa dewasanya ketika dia dan rakan-rakannya mempertahankan bumi daripada penjahat termasuk makhluk asing (Vegeta, Frieza), android (Cell), dan makhluk ajaib (Majin Buu). Pada masa yang sama, cerita ini mengikuti kehidupan anak Goku, Gohan, serta perkembangan pesaingnya, Piccolo dan Vegeta. 

Bagi mereka yang mengikuti siri anime ni, pastinya korang tahu yang selain berjuang mempertahankan bumi dari serangan penjahat, misi utama Goku dan rakan-rakan adalah untuk mengumpulkan Dragon Ball bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan mereka-meraka yang nak takluki bumi ini.

Kalau korang nak tahu, korang pun berpeluang untuk ‘turut serta’ dalam misi mencari. Tapi bukan mencari dragon ball, tetapi mencari Corntoz edisi terhad yang membuat kolaborasi bersama Dragon Ball Z!

Corntoz Posm

Untuk tempoh tertentu, Corntoz akan keluarkan Cheese Ball edisi terhad dan lebih menarik semua pembungkusan produk akan memaparkan watak Super Saiyan daripada animasi Dragon Ball Z, ada watak Goku pada Corntoz Perisa Keju Cili, Bezita pada Corntoz Perisa Pedas, Future Trunks pada bungkusan Perisa Barbeku, Gohan di Contoz Perisa Pizza Berkeju dan SuperSaiya di Corntoz Ediisi Terhad Snek Bebola Perisa Keju! !

20240605 160017 768X1024 1

Kalau korang beli Corntoz edisi terhad ni, dalam setiap bungkusan itu akan ada kod unik untuk korang sertai peraduan Corntoz x Dragon Ball Z yang berlangsung bermula dari 1 Jun 2024 sehingga 12 Julai 2024 nanti.

Nak sertai pun mudah sahaja :

  1. Beli mana-mana satu daripada Produk Corntoz (aneka perisa) yang mengambil bahagian seperti yang disenaraikan:
  • Corntoz 100g Perisa Keju Cili
  • Corntoz 100g Perisa Pedas
  • Corntoz 100g Perisa Barbeku
  • Corntoz 80g Perisa Pizza Berkeju
  • Corntoz 60g Snek Bebola Perisa Keju

2. Cari kod unik di dalam bungkusan.
p/s : Kod akan dicetak secara rawak. Jadi, lagi banyak produk dibeli, lagi tinggi peluang untuk jumpa kod tersebut.

3. Isi Nama Penuh, Nombor Mykad, Nombor telefon (Telefon bimbit aktif dengan WhatsApp) & muat naik resit yang menunjukkan tempat pembelian, tarikh pembelian, nombor resit dan pembalut Kod istimewa di laman web ini.

Contoh kod :

Screenshot 2024 06 04 105729 768X432 1

Sekiranya bertuah, korang berpeluang untuk menangi sebahagian daripada 216 pemenang mingguan dan berpeluang untuk menangi figurine Dragon Ball Z bernilai RM2,500, sebagai hadiah utama! 

Acf.black Gokuvsfrieza 714X1024 1

Jadi tunggu apa lagi, mulakan misi mengumpul Corntoz Edisi Terhad Dragon Ball Z hari ini dan sekiranya korang merupakan peserta yang menghantar kod unik terbanyak, korang akan jadi pemenang utama!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Corntoz x Dragon Ball Z atau untuk sebarang kemaskini mengenai peraduan ni, korang boleh tengok di akaun media sosial seperti Facebook dan juga Instagram.

Sumber: Corntoz
Sumber: Corntoz