in

Comel Tapi Merbahaya! Wanita Pandu Kereta Mainan Di Tengah Jalan Raya Akhirnya Ditahan Polis

Ft Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelibat kereta kecil di tengah jalan raya di Quanzhou, China, Isnin lalu menjadi perhatian ramai apabila dilihat melalui sebuah jalan yang sibuk.


Walaupun nampak comel, ternyata menggunakan kereta mainan di tengah jalan sememangnya mengundang bahaya.

Tapi soal keselamatan nampaknya tak menjadi perhatian buat wanita di China ini apabila dia dikatakan memandu kereta mainan tersebut dari kedai permainan hingga ke sebuah taman.

 

Capture 2 7 1

 

Malas nak jalan punya pasal!

Wanita tersebut dikatakan mendapat arahan dari majikannya untuk membawa kenderaan itu ke taman permainan berhampiran.

Kereta itu dikatakan akan disewa oleh kanak-kanak di taman permainan tersebut.

Tapi daripada berjalan kaki bersama kereta tersebut, wanita yang digelar ‘auntie’ itu memilih untuk memandu kenderaan itu ke destinasi yang hendak dituju.

Kalau dah dihiasi dengan lampu neon berwarna merah jambu itu, mustahil lah kelibatnya tidak dikesan oleh orang awam lapor DailyMail.

Malang bagi wanita itu, kegembiraannya terhenti apabila dia ditahan oleh polis trafik yang bertugas.

Kelibat kereta comel itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia melalui jalan yang sibuk sebelum memasuki kanan di sebuah simpang.

Wanita yang dikenali sebagai Ms Li itu bagaimanapun ditegur oleh polis trafik dan lebih menyedihkan lagi apabila ‘kenderaanya’ dirampas.

Aduh jangan pula ada yang buat macam ni. Dah la tak ada lesen, boleh mendatangkan bahaya juga kepada orang lain…

Baca : Agensi Penerbangan China Keluarkan Garis Panduan Baru, Saran Krew Pakai ‘Pampers’ Untuk Elak Ke Tandas

Capture 17 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.