in

Agensi Penerbangan China Keluarkan Garis Panduan Baru, Saran Krew Pakai ‘Pampers’ Untuk Elak Ke Tandas

Untitled Collage 90

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penularan COVID-19 memaksa manusia mengadaptasi beberapa kebiasaan baru, yang sebelum ini mungkin tidak pernah dilakukan oleh kita semua.


Antara norma baru yang mungkin telah biasa kita praktikkan sekarang ini termasuk kerap mencuci tangan dan memakai topeng muka bila berada di tempat-tempat awam. Kalau tak buat, rasa janggal pula kan?

Begitu juga halnya dengan industri penerbangan, mereka turut perlu menggariskan beberapa prosedur operasi standard (SOP) baru untuk mengelak krew daripada mendapat jangkitan COVID-19 ketika bertugas.

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) misalnya dilapor menyarankan agar anak kapal menggunakan lampin pakai buang untuk mengelakkan mereka daripada pergi ke tandas — sekali gus dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Ini kerana tandas dalam kapal terbang juga berisiko menjadi tempat penyebaran virus memandangkan ia digunakan ramai penumpang.

Memetik laporan Astro Awani, dokumen yang dinamakan sebagai Garis Panduan Teknikal Pencegahan dan Pengendalian Epidemik untuk Syarikat Penerbangan Edisi Keenam itu mengandungi nasihat mengenai amalan kebersihan terbaik untuk dilakukan ketika berada di dalam pesawat dan di lapangan terbang.

Selain pemakaian lampin pakai buang, pelbagai cadangan lain turut diusulkan termasuk pemakaian alat perlindungan diri, pelitup muka, sarung tangan, gogel, pelitup kasut jenis pakai buang dan sebagainya.

 

Baca: “Ada doktor sendiri dah berjangkit daripada patient” – Staff Hospital Diarah Pakai Lampin Dewasa, Terlalu Sibuk Untuk Ke Tandas

Capture 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.