Disebabkan burung penguin hanya tinggal di Antartika, tak ramai yang terfikir pun nak makan haiwan comel ni kan?
Namun baru-baru ini, seorang individu telah bertanyakan soalan kepada Maktabah Al-Bakri tentang hukum memakan daging penguin. Macam manalah boleh terfikir ya?
Assalamualaikum w.b.t. Apakah hukum memakan daging penguin? Terima kasih.https://t.co/H36vmxNj2v
— Maktabah Al-Bakri (@maktabahab) January 24, 2022
Soalan tersebut ternyata mendapat perhatian ramai netizen. Rata-ratanya tak faham kenapa soalan seperti ini perlu ditanya kerana banyak lagi benda lain boleh dimakan. Sebab harga ayam naik ke ni?
Comel dan halal
Menjawab persoalan individu tersebut, bekas Menteri Agama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan daging penguin ini halal dimakan. TAPI, ada sebahagian spesis seperti emperor penguin kini sedang terancam, jadi kenalah lindungkan?
Jawapan dari Dr Zul ini nampaknya telah membuatkan ramai netizen terkejut dan ada juga meluahkan yang dorang tak sampai hati nak makan daging penguin ni. Yelah bak kata Dr Zul sendiri, haiwannya comel sangat!
Untuk pengetahuan korang, walaupun daging penguin ini halal dimakan, kesemua 18 spesis penguin ini sangat dilindungi tau! Ini kerana, pada tahun 1959 sebanyak 12 negara telah menandatangani Penjanjian Antartika bagi melindungi kehidupan di sana.
Oleh itu, mencederakan, mengganggu atau memburu penguin atau telur-telurnya adalah salah di sisi undang-undang. Haa jangan macam-macam eh.
Apa-apa pun, min rasa memang bagus soalan yang diberikan ni. At least kita tahulah yang penguin ni halal dimakan. Bukan kita nak makan sangat pun kan, sekadar tambah pengetahuan je.
Apa-apa pun bercakap pasal comel dan halal ni teringat pulak rendang arnab. Sedap terukkkk
Baca: “Diorang confuse takde orang” – Penjaga Zoo Di Thailand Dedah Penguin Sunyi & Rindu Pengunjung