in

Comel! Anda Kini Boleh Dapatkan Bantal Berbentuk Kuih dan Biskut Kegemaran Anda!

B1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan rakyat negara ini sendiri juga sangat sukakan makanan tempatan kita. Siapa tak suka kannn!


Setiap orang pasti akan ada kegemaran sendiri dan kini anda boleh dapatkan bantal bertemakan makanan kegemaran anda! Yeeee betul memang wujud!!!

B2

B9

B4

Sebuah syarikat dari Singapura telah mengeluarkan satu idea untuk mencipta bantal bersaiz besar dalam bentuk kuih dan makanan yang anda sukai!

Tak percaya? Tengok lah bantal yang mereka cipta ini. Syarikat ini malah turut mencipta bantal bertemakan biskut Hari Raya Cina.

B5

B3

Bantal-bantal yang dijual ini boleh dibeli melalui atas talian dengan harga di antara Rm32 hingga RM120.

So, orang Malaysia yang suka dan tak sabar nak beli tu, boleh dapatkan melalui website dorang dan pesanan anda akan dihantar hingga ke depan pintu…

B8

B10

B11

Bukan itu sahaja, mereka juga ada menjual bantal berbentuk bebola kentang yang dicucukkan pada lidi dan biskut kegemaran anda sewaktu kecil dulu-dulu. Anda boleh dapatkan dengan lima pilihan warna iaitu, merah jambu, biru, hijau, putih dan kuning!

B6

B7

Siap berlampu lagi tau!

B12

Jika anda berminat untuk miliki bantal-bantal yang comel ini, anda boleh dapatkan melalui laman web mereka. Cepat, apa tunggu lagi!

Baca: 15 Food Truck Yang Anda Perlu Cuba di Lembah Klang

Food

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.