in

Coklat Boleh Kurangkan Batuk? Ini 5 Manfaat Coklat Yang Ramai Tak Percaya!

Manfaat Coklat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedapnya coklat! Lagipun, siapa yang tidak suka makan coklat, bukan? Mungkin ramai yang tidak tahu, ada banyak manfaat coklat terhadap kesihatan mental dan fizikal kita.


Walaupun tergolong dalam kategori manisan, coklat mempunyai banyak kelebihan yang boleh membawa manfaat kepada kesihatan diri.

Walau bagaimanapun, jangan pula makan secara berlebihan! Bak kata orang, bersederhanalah dalam apa-apa jua urusan. Sama jugalah dengan makan coklat.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai kelebihan makan coklat dan manfaatnya terhadap kesihatan. Jom baca!

5 manfaat coklat terhadap kesihatan

Manfaat Coklat

Ada banyak jenis coklat yang ada di pasaran. Ada coklat susu, coklat putih, buah bersalut coklat dan macam-macam lagi. Namun, coklat yang paling bermanfaat untuk kita adalah coklat gelap. Tetapi, mengapa?

Coklat gelap mengandungi pelbagai mineral penting untuk badan, antaranya zat besi, magnesium dan fosforus. Semua mineral ini dapat meningkatkan sistem imun badan, memastikan tulang sihat dan membantu kita tidur malam.

Siapa sangka coklat mempunyai banyak manfaat. Bukan itu sahaja, ada banyak lagi kebaikan coklat yang mungkin anda tidak tahu. Antaranya:

1. Dapat mengurangkan stres

Tahukah anda, setiap gigitan coklat dapat membuatkan kita rasa tenang dan relaks? Setiap kali kita makan coklat, otak akan merembeskan sejenis hormon yang dikenali sebagai serotonin.

Serotonin merupakan sejenis antidepresan semula jadi. Jadi, jika anda rasa sedih, baru ditinggal kekasih atau dimarah bos, apa lagi, makanlah coklat untuk kekal tenang dan bebas tekanan!

2. Mengurangkan kolesterol badan

Koko yang terkandung dalam coklat dapat mengurangkan kolesterol jahat dalam darah.

Menurut kajian, sekiranya anda makan coklat setiap minggu, anda mungkin akan mempunyai sistem kardiovaskular yang lebih sihat berbanding orang lain.

Kolesterol jahat yang terkandung dalam makanan segera, snek dan sebagainya boleh menyebabkan arteri tersumbat. Akibatnya, anda lebih berisiko untuk menghidap penyakit jantung dan strok.

Bukan itu sahaja, coklat juga dapat meningkatkan tahap kolesterol baik dalam badan! Jangan salah faham ya, bukan semua kolesterol itu tidak baik untuk kesihatan!

3. Menguatkan otak

Bahan-bahan yang terkandung dalam coklat boleh meningkatkan pengaliran darah ke otak.

Selepas makan coklat, anda akan mendapati daya fikiran anda semakin tajam. Anda juga jadi lebih bersemangat untuk melakukan apa-apa tugasan di tempat kerja.

Rahsianya pada flavanoid, sejenis bahan yang boleh ditemui dalam coklat. Flavanoid boleh mengembangkan saluran darah pada otak dan memastikan organ ini menerima lebih banyak oksigen.

Walau bagaimanapun, kesannya hanyalah sementara, sama seperti secawan kopi. Jadi, kalau korang rasa down di tempat kerja tapi tak mahu minum kopi, makanlah coklat!

4. Coklat boleh kurangkan batuk?

Haa, siapa sangka coklat rupanya boleh mengurangkan batuk!

Theobromine, sejenis komponen dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan kerengsaan pada kawasan tekak. Ia juga boleh mengurangkan batuk dalam masa beberapa jam.

Tak percaya? Lepas ni cuba makan coklat kalau batuk tak berhenti!

5. Baik untuk kulit

Manfaat Coklat

Kulit kita mudah rosak disebabkan kesan daripada radikal bebas. Apabila kita semakin berusia, kulit akan menjadi berkedut dan kendur.

Kalau anda takut kulit berkedut sebelum usia, cubalah makan coklat! Coklat merupakan salah satu makanan yang mempunyai sifat anti penuaan.

Bukan itu sahaja, antara manfaat coklat yang mungkin ramai tidak tahu ialah kemampuannya untuk melindungi kulit daripada selaran matahari. Hebat bukan!

Manfaat coklat lain

  1. Semakin tinggi kandungan koko, semakin berkhasiat coklat tersebut untuk badan. Kebanyakan kajian mendapati coklat yang mengandungi lebih 70% koko mempunyai manfaat terbesar untuk kesihatan.
  2. Bukan semua coklat baik untuk kesihatan. Periksa dahulu label dan baca jumlah kalori, lemak dan gula dalam coklat tersebut sebelum makan.
  3. Untuk sesetengah individu, coklat boleh menyebabkan pedih ulu hati dan migrain. Jadi, hati-hati sebelum makan!

Baca: Coklat Dijangka Jadi Makanan Mewah Menjelang 2030, Bakal Pupus Pada 2050

Manfaat Coklat

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.