Perkahwinan itu memang indah tapi, yang paling indah sekali bercinta selepas nikah. Bercinta selepas nikah tu lain macam indahnya… sampai orang pun jadi jealous tengok kemesraan pengantin.
Pasangan pengantin baru, Fattah Amin dan Amira Othman buat kemunculan pertama sebagai suami dan isteri pada sesi live di TikTok semalam.
Satu video tular memaparkan gelagat Fattah Amin ketika sesi live tersebut. Pasti ramai yang tersenyum sendiri tengok kemesraan pasangan pengantin baru ni.
nvhera min cair ekkk 🫠😍 #fattahamin #amiraothman #fattmira #rissaskin #fyp ♬ Awal Kisah Selamanya (feat. Barsena Bestandhi) – Raisa
Artikel Berkaitan: “Masa rehearsal tak macam tu” – Fattah Amin ‘Buka Mulut’ Kes Fatima Tak Nak Berenggang Waktu Nikah
Artikel Berkaitan: “Semoga yang baik-baik untuk manusia sebaik awak”- Amira Othman Titip Doa Untuk Fattah Amin Sempena Hari Lahir
Sesi live semalam menerima ribuan penonton di akaun TikTok milik Amira Othman.
Ramai netizen yang mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua pasangan mempelai itu dan memuji sikap manja mereka. Ada juga yang mengatakan Fattah kelihatan sangat clingy dan pemalu apabila bersama isterinya, Amira.
“Clingy rupanya Fattah ni ..”
Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa netizen yang memberikan komen mencuit hati melihat reaksi Fattah Amin dan Amira Othman ketika sesi live semalam.
Sumber: TikTok