in

Chong Wei Sembuh Kanser Sepenuhnya, Pulang Malaysia Ahad Ni!

chong wei
Malaysia's Lee Chong Wei celebrates after beating Denmark's Jan O. Jorgensen during their semi-final men's singles badminton match at the BWF World Championship in Jakarta, Indonesia August 15, 2015. REUTERS/Beawiharta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lalu, Malaysia dikejutkan dengan berita sedih menimpa wira negara kita, Datuk Lee Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung. Perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan dan membuatkan rakyat bersama-sama bersatu memberi kata-kata semangat untuk beliau termasuklah Peter Gate dan rakan baiknya, Lin Dan.

lcw
Sumber: CGTN

Terbaru, menurut NST, Chong Wei, 36, bakal pulang ke tanah air pada hari Ahad ini kerana berjaya sembuh sepenuhnya selepas menerima rawatan di Taiwan!


Petikan dari China Daily mengesahkan jaguh badminton negara itu sudah pulih sepenuhnya, malah berita ini menjadi tajuk utama akhbar di China, Taiwan dan Hong Kong.

Rawatan Lee Chong Wei sudah berakhir, dan kesannya agak baik. Sel kanser itu sudah hilang.”

lcw 2
Sumber: Blog

Bekas pemain nombor satu dunia tu disahkan menghidap kanser nasopharyngeal dan telah menjalani rawatan selama dua bulan di sebuah hospital swasta di Taiwan. Pada mulanya, beliau dijadualkan pulang pada akhir September namun atas nasihat doktor, Chong Wei hanya dibenarkan pulang Ahad ini.

“Selepas benar-benar pulih dan mendapat rehat secukupnya di Taiwan, beliau dibenarkan pulang pada 7 Oktober ini dengan menaiki jet peribadi dan pulang ke keluarga untuk bersama keluarganya.”

WELCOME HOME LCW!

Baca: TERKINI: Datuk Lee Chong Wei Sah Hidap Kanser Hidung!

malaysian shocked by viral rumor about datuk lee chong wei having stage 3 nose cancer world of buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.