in

China Temui COVID-19 Pada Daging Lembu Import

Untitled Collage 76

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Jinan, sebuah bandar di wilayah timur China dilapor telah mengesan COVID-19 pada daging dan perut lembu yang diimport dari pelbagai negara.



Menurut laporan Reuters, virus itu turut dikesan pada plastik bungkusan makanan sejuk beku itu yang diimport masuk daripada Brazil, New Zealand dan Bolivia.

Kesemua produk tersebut dibawa masuk menerusi pelabuhan kastam Yangshan di Shanghai dan beberapa lokasi lain.

Susulan penemuan itu, lebih 7,500 petugas yang mempunyai kontak dengan produk tercemar itu telah diarahkan menjalani ujian saringan. Keputusan ujian bagaimanapun mendapati kesemua mereka negatif COVID-19.

Pihak berkuasa China minggu lalu turut dilapor menemui virus itu pada bungkusan produk makanan udang yang dibawa masuk dari Arab Saudi selain daging lembu Brazil dan Argentina.

Untuk rekod, China merupakan pengimport utama daging lembu dari kedua-dua negara tersebut.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menegaskan risiko untuk terkena jangkitan COVID-19 menerusi makanan sejuk beku adalah sangat rendah. Namun China berulang kali memberi amaran mengenai risiko penularan setelah beberapa kali mengesan virus itu pada bungkusan makanan import.

Baca: China Dakwa Jumpa Covid-19 Pada Bungkusan Sotong Import

Capture 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.