in

China Dakwa Jumpa Covid-19 Pada Bungkusan Sotong Import

Aa 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui wabak COVID-19 didakwa telah bermula dari sebuah pasar basah di Wuhan, China pada Disember tahun lalu.


Pelbagai spekulasi yang mengatakan virus ini adalah virus rekaan dari sebuah makmal dan bukannya dari pasar basah tersebut. Namun sehingga kini dakwaan tersebut masih belum dapat disahkan.

 

Jumpa Covid-19 pada bungkusan sotong import

Terkini, kerajaan China memaklumkan mereka menemui kesan jangkitan COVID-19 pada bungkusan sotong import di wilayah Jilin.

A1 5

 

Susulan penemuan itu, pejabat pencegahan Changchun COVID-19 mengatakan sotong itu diimport dari Rusia oleh sebuah syarikat di bandar Hunchun sebelum dibawa ke ibu kota wilayah berkenaan.

Penemuan yang dilaporkan pada Ogos lalu telah mendapat perhatian pelbagai agensi kerajaan termasuk Pejabat Kesihatan Bandar Fuyu.

Mereka menggesa orang ramai yang membeli dan menjamah sotong yang diimport di kedai borong makanan laut beku Sanjia Deda pada 24 hingga 31 Ogos untuk melaporkan kepada pihak berkuasa terdekat dan menjalani ujian saringan.

A2 4

 

Tangguh import produk sejuk beku selama seminggu hingga sebulan

Jabatan Kastam China pada Jumaat juga memaklumkan akan menangguhkan import dari syarikat itu selama seminggu jika produk makanan sejuk beku itu disahkan dicemari koronavirus.

Penangguhan import turut akan ditingkatkan selama sebulan jika produk pembekal diuji positif untuk kali ketiga atau lebih, lapor Astro Awani.

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa tiada bukti COVID-19 boleh tersebar melalui makanan atau pembungkusan.

 

Baca: “Virus bukan dari pasar” – Pakar Virologi Dari China Bakal Dedah Bukti COVID-19 Berasal Dari Makmal di Wuhan!

A 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.