in

Cerita Bilik Bedah : [VIDEO] Lelaki 50-an Masukkan 2 Ekor Belut Hidup 15 Inci Dalam Dubur Untuk Rawat Sembelit

Featured 10

Seekor belut sepanjang 15 inci atau bersamaan 40 centimetre dikeluarkan dari punggung seorang lelaki di Hospital Dongguan Huangjiang di Guandong, China.

Video boleh tengok SINI.

Dilaporkan lelaki berusia 50-an itu telah memasukkan belut hidup ke dalam punggungnya, menyebabkan dia mengalami kesakitan selama seminggu sebelum di bawah ke hospital tersebut.

2 23

Ketua Pasukan Bedah, Dr Li Jian pada 19 Jun lalu menyatakan ekoran kejadian tersebut, mangsa mengalami kesukaran untuk berkomunikasi termasuk simptom kesakitan lain.

Ketika CT scan, kami nampak ada benda asing tapi tak dapat dipastikan apa. Kemudian ketika jalankan Colonoscopy baru kami tahu ianya seekor belut”

Beliau memaklumkan yang pasukannya terpaksa melakukan pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan belut tersebut. Malah ketika pembedahan dilakukan mereka mendapati abdomen lelaki itu dipenuhi dengan bahan buangan termasuk kotoran dan nanah akibat jangkitan yang agak teruk.

Dr Li memaklumkan yang belut tersebut sudah mati sewaktu ia dikeluarkan dari punggung lelaki tersebut.

1 Asiawire Eeltreatment 01Jpeg

Mengikut cerita lelaki ini, dia memaklumkan yang tujuan dia memasukkan belut tersebut adalah untuk mengubati penyakit sembelitnya.

Bagaimanapun Dr Li berkata nasib lelaki tersebut baik, kerana dia mungkin mati jika tidak menjalani pembedahan secepat mungkin.

 

Baca : Botol kicap..Paling besar tin spray cat Doktor Kantoikan Nafsu Kuda Anak Muda Masukkan Objek Dalam Rektum Sampai Tersekat

Baca 17 5

Sumber: dailystar
Sumber: dailystar