in

Cengkerang Kura-kura Ini Retak Dipijak Berkali-kali, Mati Selepas Beberapa Hari

Z5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kekejaman terhadap haiwan sememangnya tindakan tidak bertamadun dan tiada sivik!


Seperti kes yang berlaku baru-baru ini di mana sekumpulan pelancong telah berlaku kejam terhadap haiwan. Kejadian itu dipercayai berlaku di Kota Kemuning, Shah Alam.

Serv-U Veterinary Clinic & Surgery telah memuat naik gambar beberapa gambar seekor kura-kura di laman Facebook mereka. Apa yang menarik perhatian ramai adalah, cengkerangnya retak sehingga menampakkan bahagian dalam.
T1
sumber: facebook | serv-u veterinary clinic & surgery
T6
sumber: facebook | serv-u veterinary clinic & surgery
Menurut blog yang popular dengan keprihatinan terhadap haiwan, A Fortress of Fur sekumpulan pelancong berkenaan telah melompat berkali-kali ke atas kura-kura malang itu dan menyebabkan cengkerangnya retak kepada 4 bahagian.
Namun, tidak lama selepas itu, Klinik Serv-U mendedahkan bahawa mereka sudah memulakan prosedur rawatan  terhadap kura-kura tersebut dengan harapan ia akan sembuh.
T3
sumber: facebook | serv-u veterinary clinic & surgery
Klinik itu turut memberi jaminan bahawa kura-kura itu sedang dalam proses penyembuhan. Mereka turut menganggarkan bahawa tempoh bagi cengkerang untuk bercantum dan kura-kura itu sembuh sepenuhnya adalah selama 6 bulan.
Bagaimanapun, keterujaan orang ramai melihat kura-kura itu sembuh musnah apabila ia disahkan mati.
T2
sumber: facebook | serv-u veterinary clinic & surgery
T4
sumber: facebook | serv-u veterinary clinic & surgery
Meskipun rawatan dan penjagaan profesional telah diberikan, kura-kura itu mati akibat kecederaan teruk yang dialaminya. Netizen dan staf klinik tersebut sangat terkejut dan sedih dengan kematian kura-kura malang berkenaan.
Cerita ini seharusnya menyedarkan kita semua bahawa segala bentuk penderaan dan kekejaman terhadap haiwan tidak boleh diterima. Sudah tiba masanya Malaysia membuat undang-undang yang menghukum pesalah yang melakukan kekejaman sebegini.
Bagi sesiapa yang ternampak haiwan cedera, hantar mereka ke klinik veterinar atau setidak-tidaknya maklumkan kepada pihak berwajib bagi tindakan sepatutnya. Mereka tidak sepatutnya dibiarkan menderita berseorangan 🙁

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.