in

Caruman KWSP Turun 9 Peratus, Isi Borang Jika Nak Kekal 11 Peratus

Untitled Collage 83

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan, kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus bagi tahun 2021.


Berita Harian melaporkan, KWSP berkata kadar baharu itu terpakai untuk pekerja berusia di bawah 60 tahun yang wajib mencarum.

Manakala bagi pekerja yang berumur 60 tahun ke atas pula, kadar caruman adalah tidak berubah.

Jelas KWSP lagi, kadar tersebut akan berkuatkuasa bagi tempoh setahun merangkumi upah pekerja bulan Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga upah pekerja bulan Disember 2021 (caruman Januari 2022).

Selain itu, bagi ahli yang ingin mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus — mereka boleh melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021) yang boleh dimuat turun daripada laman web bermula 1 Disember ini.

Borang yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk didaftarkan secara dalam talian melalui kemudahan i-Akaun (Majikan) mulai 14 Disember ini.

Untuk sebarang pertanyaan, ahli boleh merujuk laman sesawang KWSP atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.

 

Baca: KWSP Akan Umum Perincian Kriteria Kelayakan Keluarkan Wang Caruman Melalui Program i-Sinar Pada Minggu Depan

Capture 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.