in

“Cara menegur tak mengaibkan orang” – Pakai ‘Singlet’ Depan Al-Quran, Netizen Puji Cara Pakcik Tegur Reen Rahim Seksi

Ft Reenmengaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, pelakon Reen Rahim ada muat naik video di Youtube menunjukkan dia mengaji bersama ibunya di rumah. Tapi, penampilan dan pemakaian Reen yang seksi mendapat perhatian dan kritikan ramai netizen.


Reen

Melalui video yang telah dipadam itu, Reen dikatakan memakai ‘singlet’ bersama kain telekung dengan gaya ala-ala berkemban. Ramai yang berasa kurang senang melihat penampilan itu apatah lagi di depan Reen terdapat senaskah Al Quran.

Bagaimanapun, Reen telah ditegur oleh bapa saudara dan ibunya sendiri secara peribadi dan di Instagram, dia telah berkongsi tentang hal tersebut. Reen menunjukkan screenshot mesej dari bapa saudaranya itu yang menegur agar dia memotong babak yang memaparkan dia berpakaian seksi.

Assalam adik. Maaf sangat-sangat. Boleh tak potong sedikit video gambar ini. Depan al-Quran tu, nanti apa orang cakap.”

Reen1

Reen2

Selepas ditegur, Reen bertindak memadam video tersebut dan telah memuat naik semula video mengaji tersebut yang telah disunting.

Beberapa netizen di ruangan komen memuji Reen yang bersikap terbuka dan menerima teguran dengan positif serta meminta maaf. Selain itu, netizen turut memuji bapa saudara dan ibu Reen kerana menegur dengan baik.

Reen3

Menurut mereka, itulah cara terbaik untuk menegur seseorang tentang kesalahan yang dilakukan iaitu tanpa diketahui orang lain supaya dapat menjaga aib tuan empunya badan.

Segelintir netizen turut mengkritik sesetengah orang di media sosial yang suka menegur seseorang secara terbuka namun dengan nada menyindir.

Reen4

Reen5

Baca: “Tak tengok pun cerita Delen ni tapi dah judge dulu” – Janna Nick Tampil Jelaskan Isu ‘Ciplak’ Telefilem Delen

Dd2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.