in

Caprice ‘Sound’ Menteri Isu Filem ‘Mentega Terbang’, Promosi Unsur Bercanggah Dengan Islam

Mentega Terbang Filem

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan mengenai sebuah filem bertajuk ‘Mentega Terbang’ yang telah ditayangkan di sebuah platform penstriman.

Penulis skrip terkenal, Zabidi Mohamed menerusi Facebook telah menulis review berkenaan filem tersebut yang disifatkannya mempunyai kriteria dan ciri-ciri kufur dalam Islam.

Antara beberapa scene yang menjadi persoalan Zabidi ialah saat di mana watak utama, Aishah mengatakan kepada kawan baiknya yang dia boleh memakan haiwan khinzir dan keluarga gadis itu yang berfahaman liberal serta bersifat terbuka mengenai isu agama.

Zabidi 1

Zabidi 2

333019241 512536760959939 2027974258177033635 N

Tambahnya, filem ini juga didakwa telah menghina, meremeh dan merendah-rendahkan serta mempersendakan Islam secara terang-terangan.

Menurutnya, filem ini juga tidak tertakluk pada penapisan LPF kerana ia ditayangkan di platform internet dan bukannya di panggung wayang.

Caprice ‘sound’ menteri ambil tindakan

Isu tersebut walau bagaimanapun telah mendapat perhatian influencer dan rappers terkenal, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan penayangan filem tersebut.

Caprice menerusi posting di Instagram telah meminta penjelasan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkenaan filem tersebut.

Caprice juga pada masa yang sama meminta supaya tindakan dikenakan terhadap pembuat filem berkenaan.

Perkongsian daripada rappers tersebut telah menerima pelbagai komen netizen yang mana rata-rata terkejut dengan intipati dan nilai yang ditonjolkan dalam tersebut.

Pun begitu, hasil carian admin di platform penstriman itu mendapati filem ini sudah tidak ditayangkan lagi.

Mentega Terbang ialah sebuah filem indie yang diarahkan oleh Khairi Anwar dan diterbitkan oleh Tan Meng Kheng. Filem ini juga telah mendapat pujian ketika tayangkan kepada penonton di Jogja-NETPAC Asian Fim Festival 2020 dan merupakan ‘Closing Film’ bagi Aceh Filem Festival 2022.

Sama-sama kita tunggu respon daripada pihak berkuasa berkaitan hal ini. 

Baca: “Habistu umat Islam pakai cosplay ala anime, takkan tak menakutkan?” – Caprice

Cap

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook