in

“Cantik betul kuih tu” – Kuih Lapis Buat Penampilan Sulung Di Greatest Australian Bake Off

1Kuih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut kuih tradisional, mesti banyak jenis kuih tempatan yang kita boleh namakan. Antara kuih tradisional yang cukup popular dalam kalangan masyarakat kita adalah Seri Muka, Tepung Talam, Karipap Pusing, Kuih Cara dan macam-macam lagi.


Kali ni min nak share dengan korang salah satu kuih tradisional kita yang berjaya buat penampilan sulung dalam rancangan memasak peringkat antarabangsa, The Greatest Australian Bake Off.

Kuih Lapis dalam rancangan itu diperkenalkan oleh Chef Rachel Khoo yang mempunyai darah keturunan Malaysia. Korang tengok lah betapa cantiknya Kuih Lapis tu dalam video @binge di bawah.

@binge

Introducing this week’s technical bake: a rainbow lapis cake! #greataustralianbakeoff #gabo #thegreataustralianbakeoff #bakeoffaustralia #bakeoffau #darrenpurchese #rachelkhoo #rainbowlapis #rainbowlapiscake

♬ original sound – BINGE – BINGE

Cantik betul kuih tu

Wahh… min tengok pun teruja dengan kuih tu. Warna yang sangat menyerlah mungkin dipilih untuk penampilan yang lebih baik untuk kamera.

Walaupun lain sikit dari warna asal Kuih Lapis iaitu putih dan merah jambu, Kuih Lapis ini mendapat pelbagai reaksi netizen.

Screenshot 2023 08 05 At 9.35.47 AmMin pun suka gak makan kuih lapis ni dengan koyak satu per satu lapisan tu. Lambat sikit nak habiskan tapi best buat macam tu. 

Screenshot 2023 08 05 At 9.36.09 AmMacam ni pun boleh, makan sekali ngap je. Masing-masing ada cita rasa dan cara tersendiri kan. 

Screenshot 2023 08 05 At 9.36.22 AmIni betul, kalau pagi-pagi beli breakfast, nampak makcik berniaga nasi lemak jual kuih ni, memang terus ambil satu bungkus. Makan layer by layer sambil buat kerja, fuhh memang best. 

Screenshot 2023 08 05 At 9.37.16 AmYe betul, macam min cakap tadi. Dulu ada warna putih dan merah jambu je. Tapi mungkin untuk show ni, chef tu sengaja buat berwarna-warni untuk tarik perhatian. 

 

Baca: Individu Ini Persoal Ada Kuih Tersedia Ketika Pertemuan Antara Fahmi Fadzil & Penganjur Good Vibes Festival

Screenshot 2023 08 05 At 9.32.37 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.