in

“Button negeri tak function” – Gangguan Teknikal Semasa Tempahan AstraZeneca, CITF Mohon Maaf Atas Kesulitan

Lindung Diri Citf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan netizen telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka selepas mengalami kesukaran dalam membuat tempahan slot janji temu bagi vaksin AstraZeneca pusingan kedua semalam.


Ramai yang merungut tak dapat tekan butang ‘negeri’ malah ada juga yang frust lepas tarikh yang mereka tekan itu tiba-tiba penuh walaupun paparan pada tarikh tersebut menunjukkan warna hijau iaitu masih available.

Ppv

Sehubungan dengan itu, Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 (CITF) telah memohon maaf akan kesulitan yang dihadapi orang ramai ketika membuat tempahan tersebut, lapor Astro AWANI.

Dalam satu kenyataan rasmi malam tadi, CITF memberitahu yang siasatan kini sedang dijalankan bagi mencari punca gangguan teknikal itu berlaku yang menyebabkan laman web CITF tergendala.

Tindakan juga katanya akan diambil kepada pihak terbabit bagi kepentingan awam dan negara.

Sewaktu tempahan dibuka tengah hari tadi, gangguan teknikal telah berlaku yang menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran mengakses beberapa butang ciri laman sesawang CITF,” katanya.

Dalam pada itu, CITF mengucapkan terima kasih atas sambutan baik orang ramai yang menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi pastikan negara capai imuniti kelompok yang disasarkan.

“Suka kami mengulangi bahawa mereka yang telah mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan tetap mendapat suntikan vaksin di bawah PICK terutamanya apabila kadar vaksinasi ditingkatkan dalam bulan-bulan mendatang,” katanya lagi.

Menurut CITF, sebanyak 1,261,000 dos telah ditawarkan dengan 275,208 dos telah ditempah oleh warga emas semasa inisiatif ini mula dibuka pada 23 Mei lalu.

Dalam pada itu, seramai 29,183 orang dalam senarai menunggu vaksin AstraZeneca sebelum ini telah dimasukkan dalam senarai giliran kali ini.

1055633

Untuk rekod juga, sebanyak 950,609 tempahan bagi penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah dipenuhi.

Sama-sama kita menuju ke arah imuniti kelompok tidak lama lagi dan berharap wabak COVID 19 tidak lagi menular di negara kita. 

Baca: ‘Fully Booked’ Dalam Masa Sejam, Ramai Kecewa Ada Masalah Masa Nak Mohon Vaksin AstraZeneca

Negero

Sumber: Twitter
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.